Imam asy-Syafi’i adalah seorang ulama besar yang terkenal dengan kecerdasan dan kata-kata mutiara yang penuh hikmah. Buktinya, beliau mampu menyusun kata-kata mutiara yang mendalam dalam bait-bait syair. Syair-syair beliau dibukukan dan dinamai Diwan asy-Syafi’i.
Di antara syair beliau yang sangat baik kita renungkan maknanya adalah nasihat beliau agar seseorang merantau, meninggalkan zona nyamannya menuju wilayah baru, suasana baru, pengalaman baru, dan berkenalan dengan orang-orang baru pula. Nasihat tersebut disusun dalam bait syair berikut ini…
Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang).#
#Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari orang-orang yang engkau tinggalkan (kerabat dan kawan). Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.#
#Aku melihat air menjadi rosak karena diam tertahan.. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.#
#Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.. Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akam kena sasaran.#
#Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus berdiam.. tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.#
#Bijih emas tak ada bezanya dengan tanah biasa di tempatnya (sebelum ditambang). Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.#
#Jika gaharu itu keluar dari hutan, ia menjadi parfum yang tinggi nilainya. Jika bijih memisahkan diri (dari tanah), barulah ia dihargai sebagai emas murni.#
———————————————————————————————- Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak diam beristirahat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang) ———————————————————————————————-
Sumber: Diwan al-Imam asy-Syafi’i. Cet. Syirkah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Beirut. Hal. 39
Leader shall be responsible to determine for the best under he/her organisation. The example – Prime Minister Boris Johnson, Thursday 7/7/2022 . Boris Johnson resigns as British PM
Johnson berkata jadual pertandingan untuk memilih pemimpin baharu akan diumumkan minggu depan.
“Sekarang sudah jelas kehendak Parti Konservatif iaitu perlu ada pemimpin dan perdana menteri baharu, dan saya bersetuju…proses memilih pemimpin baharu itu harus bermula sekarang dan jadualnya akan diumumkan minggu depan,” kata Johnson lapor Agensi Anadolu.
Namun, katanya beliau terus memegang jawatan itu sehingga pemimpin baharu dipilih dan akan melantik anggota Kabinet baharu hari ini.
Beliau berkata berjuta-juta orang mengundi parti itu pada 2019 dan berterima kasih atas mandat yang luar biasa itu serta majoriti terbesar diperoleh sejak 1987.
“Itu sebab saya berjuang bermati-matian beberapa hari kebelakangan ini untuk meneruskan mandat itu bukan hanya kerana saya mahu berbuat demikian tetapi saya merasakan ia adalah tugas saya.
“Saya kesal kerana tidak berjaya dalam hujah saya dan sudah tentu ia amat menyakitkan apabila tidak dapat menyaksikan dan meneruskan idea dan projek,” katanya.
Peletakan jawatan Johnson dibuat selepas 59 Ahli Parlimen berundur daripada kerajaannya dalam tempoh 48 jam yang lalu.
Johnson terpalit dengan skandal yang tidak berkesudahan selama berbulan-bulan.
Beliau juga menjadi perdana menteri pertama Britain dalam sejarah yang didenda polis kerana melanggar undang-undang dengan menghadiri parti pada 2020 semasa sekatan pergerakan COVID-19.
Walaupun terselamat daripada undi tidak percaya baru-baru ini, tetapi lebih 40 peratus anggota partinya mahu beliau berundur.
Skandal terbaharunya melibatkan pelantikan Christopher Pincher sebagai timbalan ketua whip walaupun terdapat aduan mengenai salah laku seksual terhadap Ahli Parlimen itu. – BERNAMA
Sesuatu yang indah dari nasihat baginda”JANGANLAH RAKYAT DIANIAYI kerana dipengaruhi emosi berdendam Dan pemikiran politik yang jumud””BAGINDA mengingatkan PARA PEMIMPIN POLITIK Bahawa tanggungjawab Dan Amanah tidak harus sama sekali Di pandang ringan atau DIRINGANKAN”
Hal Ehwal Pelajar UTMKL.. Moga pelajar yang kita keluarkan adalah pemimpin yang bakal memegang Amanah Dan tanggungjawab yang sebenarnya.. Aamiin
**Profesor Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah di Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
KERJAYA sebagai pensyarah adalah kerjaya yang mulia. Ramai pelajar yang telah dididik sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara.
Pada waktu dahulu, pensyarah sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana keilmuan serta sahsiahnya yang mulia untuk dicontohi.
Mahasiswa pada ketika itu sangat menghormati pensyarah, menundukkan sedikit badan apabila lalu di hadapan mereka dan pasti akan memberi salam ketika bersua.
Jika sudah membuat temujanji untuk bertemu, pastinya akan datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan. Senario ini agak berbeza pada masa kini. Pelajar sekarang lebih mempunyai ruang untuk mendekati pensyarah.
Pensyarah ada masanya menjadi kawan dan ada masanya menjadi ibu atau bapa kepada pelajar. Jika pelajar melakukan kesalahan, mereka tidak lagi dilemparkan kertas sehingga bertaburan di atas lantai. Jika mereka datang kuliah lewat, pensyarah hanya boleh memberi peringatan dan tidak mengunci pintu dewan kuliah.
Nota kuliah pula boleh diperoleh secara online malah kuliah kadang-kadang berlaku secara maya. Benarlah, dunia telah berubah dan rentak manusia turut berubah. Pensyarah terus berusaha menyesuaikan diri dengan kerjaya mereka meskipun skop kerja semakin luas. Jika dahulu, pensyarah lebih menumpukan kepada pengajaran, penyeliaan, penulisan dan khidmat masyarakat, tetapi kini skop kerja pensyarah ditambah dengan penglibatan di dalam penyelidikan.
Jika dahulu pensyarah cenderung menulis buku tetapi sekarang pensyarah perlu menulis artikel jurnal SCOPUS/WoS/ERA/Mycite sebagai KPI tahunan. Dalam PdP pula, pensyarah perlu menguasai kemahiran teknologi digital untuk memenuhi tuntutan semasa dalam dunia pengajaran dan pembelajaran kontemporari. Pensyarah juga perlu menjalankan penyelidikan dengan industri dan komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pensyarah juga perlu memberi khidmat masyarakat berbentuk perundingan, rujukan pakar, ceramah, kuliah dan keterlibatan dalam badan profesional supaya visibiliti mereka tersohor di persada negara. Pendek kata pensyarah perlu menguasai pelbagai kemahiran multi tasking dan menjadi serba boleh. Ini menjadikan dunia pensyarah semakin sibuk kerana tuntutan kerjaya yang terlalu banyak. Hakikatnya tugas pensyarah lebih-lebih lagi di universiti penyelidikan semakin mencabar.
Kadang-kadang ada yang mengambil sikap buat tidak tahu sahaja apabila merasai keupayaan diri sudah tidak mampu mengikuti peredaran dan kehendak semasa yang terlalu tinggi. Ada juga yang berusaha menyahut cabaran dan berusaha memenuhi tuntutan semasa terutamanya menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang berimpak tinggi.
Malangnya, ada yang kecewa apabila artikel yang dihantar ke jurnal berprestij, ditolak. Sekali dua mencuba, masih ada semangat. Bagaimanapun, setelah berusaha berkali-kali, akhirnya timbul juga perasaan jemu dan putus asa. Itulah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh seorang pensyarah. Lebih menyedihkan, kadang-kadang kesibukan memaksa segelintir pensyarah tidak cukup persediaan ilmu untuk mengajar kerana masa banyak dihabiskan pada tugasan lain yang mencabar.
Saya yakin, apa pun cabaran yang ditempuh, pensyarah tidak pernah menyesal menjadi seorang pensyarah, cuma memohon ada timbangtara yang diplomasi pada kerjaya ini pada masa mendatang.
Semoga usaha MAAC (Kongres Persatuan Akademik Malaysia) berkaitan isu kenaikan pangkat pensyarah di institusi pengajian tinggi awam mendapat jalan keluar terbaik.
Semoga kerjaya pensyarah ini kekal menjadi kerjaya yang mulia, yang dapat membimbing manusia ke arah menjadi insan berjasa. Diharapkan juga agar pensyarah mempunyai masa yang munasabah untuk menajamkan ilmu dan kepakaran dengan mengurangkan kesibukan mereka pada perkara-perkara teknikal yang sering berubah-ubah. Kadang-kadang terbanding juga dengan kerjaya pendidik lain seperti di sekolah.
Guru-guru ada time base dalam kenaikan pangkat, malah gaji mereka lebih kurang sahaja dengan gaji pensyarah padahal pensyarah perlu belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah. Ada juga yang bekerja di bahagian pentadbiran, gaji mereka lebih banyak walaupun pensyarah mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Kita bimbang jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, anak-anak muda kurang berminat memilih kerjaya ini yang disimpulkan terlalu sibuk dengan ganjaran yang kurang sepadan.
Kita juga bimbang, jika pensyarah terlalu disibukkan dengan urusan lain, cendikiawan mereka semakin terhakis kerana keterbatasan masa untuk terus menggali intipati ilmu.
Harapan saya, walau apa jua cabaran yang ditempuh oleh pensyarah, semoga mereka terus cekal menempuhnya dan Allah permudahkan segala urusan mereka dan Allah angkat darjat mereka sebagai pendidik yang mulia, yang setia menabur bakti untuk kesejahteraan anak bangsa.
Semoga segala ilmu yang dicurahkan kepada pelajar akan menjadi amal jariah untuk manfaat pensyarah di alam abadi. Biarlah kekayaan bukan menjadi impian di dunia tetapi biarlah ilmu yang disampaikan menjadi pedoman kepada generasi harapan sepanjang hayat mereka.Aamiin.
Menekankan akan keperibadian dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW yang wajar dijadikan tauladan dalam mendidik masyarakat kerana baginda merupakan seorang pemimpin yang bersifat ‘Rahmatan lil ‘alaimin’ yang mempamerkan rasa kasih sayang kepada semua makhluk termasuk manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.
“Rasulullah diutuskan sebagai sumber kasih sayang pada seluruh alam dan menjadi contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan dan perlu dicontohi oleh semua samada lelaki atau wanita kerana ia bersifat holistik dan menyeluruh”
TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS dan Anggota Parlimen Kubang Kerian.
Adakah langkah kementerian ini cerminan kepada kegagalan usaha pembasmian najis dadah? Jika benar, ia satu bencana besar bagi negara dan generasi akan datang. Satu usaha bersepadu perlu dilakukan untuk memulihkan sistem sosial dan menjadikan Islam sebagai teras pembinaan masyarakat. Gaya hidup bebas dengan menjamu hawa nafsu akan mengundang mudarat yang besar.
Malaysia mesti komited untuk menghapuskan najis dadah dengan memburu rangkaian pengedaran dadah secara besar-besaran. Pada masa yang sama, mereka yang telah terjebak dengan najis dadah perlu dipulihkan dengan kaedah yang betul.
Kembalikan mereka kepada gaya hidup yang sihat. Memberikan pemilikan dan penggunaan dadah kepada penagih tidak akan menyelesaikan masalah akar najis dadah.
Pandangan Saya
Saya bersetuju agar preventive di dahulukan dari corrective actions.
Kembalikan mereka (orang yang kita sayangi-semua manusia) kepada gaya hidup yang sihat. Memberikan pemilikan dan penggunaan dadah kepada penagih tidak akan menyelesaikan masalah akar najis dadah.
Dalam situasi pelajar juga amat membimbangkan. Hari ini kisah begini di paparan dada akhbar. Marilah bantu generasi kita agar BEBAS DADAH mahupun Gejala negatif yang lain.
PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI? PENDAPAT DAN DALIL
By PU Salman ~fb PU Salman
Perbezaan permulaan zulhijjah dengan arab Saudi: puasa sunat arafah mengikut 9 zulhijjah Malaysia atau ibadah wukuf di arafah.
Pandangan ulama dan hujjahnya.
Ulama berbeza pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:
PENDAPAT PERTAMA:
================
Hendaklah puasa hari arafah itu mengikut berlakunya wukuf arafah di Saudi bukan 9 zulhijjah di Malaysia.
Antara yang mengeluarkan fatwa ini adalah Lajnah Fatwa Mesir, Lajnah Fatwa Saudi , Syeikh Faisal Maului, Syeikh Husamuddin Afanah dan lain-lain.
HUJJAH DAN DALIL:
=================
Nabi saw bersabda:
وعرفة يوم تعرفون
“ Dan Hari Arafah adalah hari manusia mengerjakan wukuf di Arafah.”
Hadis riwayat Baihaqi dan ini hadis Mursal (Daif)
Nabi saw menyandarkan puasa dengan perkataan arafah dalam hadis berikut:
صيام يوم عرفة
“ Puasa hari Arafah.”
Hadis sahih Muslim.
Hadis ini Nabi saw tidak menyandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah tetapi dengan wukuf di arafah.
PENDAPAT KEDUA:
================
Puasa hari Arafah mengikut tarikh 9 zulhijjah di Negara orang yang berpuasa walaupun bertentangan dengan berlakunya wukuf di Arab Saudi.
Ini pendapat sebahgian ulama seperti Syeikh Dr Ahmad alhajji aalkurdi, syeikh Uthaimin, Syeikh Dr Khalid Musyaikih dan lain-lain.
HUJJAH DAN DALIL
=================
Hadis
حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Hadis kuraib hamba ibnu Abbas: Ummul Fadl binti Haris menghantarnya ke Syam bertemu Muawiyah di atas satu urusan. Kuraib berkata “ Bila aku sampai Syam dan menunaikan urusannya telah masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan malam jumaat. Aku telah sampai ke Madinah di hujong bulan Ramadan. Abdullah Ibnu Abbas bertanya padaku “ Bila engkau lihat anak bulan (Ramadan)? Aku menjawab “ Hari JUmaat.” Ibnu Abbas bertanya “ Engkau yg tengok?” Aku menjawab “ Ya, manusia lain pun melihatnya dan mereka berpuasa, Mu’awiyah pun puasa.” Ibnu Abbas berkata “ Tapi kami lihat pada malam sabtu, dan kami terus berpuasa sampai cukup 30 hari atau Nampak anak bulan Syawal.Aku bertanya:” Adakah tidak cukup berpegang dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Ibnu Abbas menjawab “ Tidak , inilah yang Rasulullah saw perintahkan.”
Hadis riwayat Muslim. Sahih
Hadis ini menunjukkan setiap Negara berpuasa mengikut rukyah dan perkiraan negeri masing-masing dan tidak perlu mengikut negeri lain.
Sebahagian isteri Nabi saw telah meriwayatkan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة
“ Rasulullah saw telah berpuasa pada 9 zulhijjah.”
Hr Abu Daud – Sahih
Dalam hadis ini disandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah menunjukkan berpuasa mengikut tarikh bukannya berlakunya wukuf di Arafah.
Dua orang lelaki (salah seorangnya Masruq seorang Tabiien) berkata kepada Aisyah yang berpuasa arafah:
“ Adakah kamu berpuasa ? kemungkinan hari ini adalah hari korban? Aisyah menjawab:
إنما النحر إذا نحر الإمام
“ Hanyasanya hari korban adalah apabila imam melakukan korban.”
Hr Baihaqi dgn Sanad yg jayyid.
Hadis ini menunjukkan perkiraan puasa arafah ialah hari sebelum Imam melakukan korban. Di Malaysia kita buat korban hari Ahad jadi pasti hari Arafah pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.
KESIMPULAN
===========
Apapun ini adalah perkara khilafiah yang mana keduanya memiliki hujjah dan dalil masing-masing. Kita tidak perlu bertelagah dan kita hormati pandangan yg lain. Seeloknya kita berpuasa pada isnin dan selasa untuk meraikan dua pendapat ini. Namun kalau nak pilih salah satu saya cenderung hari selasa berdasarkan dalil2 diatas dan apa yang disebut oleh Syeikh Qardhawi:
” فإذا أصدرت السلطة الشرعية المسؤولة عن إثبات الهلال في بلد إسلامي ـ المحكمة العليا، أو دار الإفتاء، أو رئاسة الشؤون الدينية، أو غيرها ـ قرارها بالصوم أو بالإفطار، فعلى مسلمي ذلك البلد الطاعة والالتزام ؛ لأنها طاعة في المعروف، وإن كان ذلك مخالفا لما ثبت في بلد آخر،
“ Apabila bihak berkuasa agama yang dipertanggung jawabkan untuk penetapan anak bulan dalam Negara Islam, mahkamah tinggi, majlis fatwa, menteri hal ehwal agama menetapkan untuk puasa atau tidak, hendaklah penduduk Muslim di situ mentaatinya kerana ia termasuk dalam taat pada perkara yang baik, sekalipun menyalahi dengan Negara lain.
Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.
Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?
Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..
Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk. *Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa*
Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti. Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?
Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …
*“Kesian anak tu kecik lagi..”* *“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”*
*“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”*
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua? Bukan itu sahaja…
*Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.* *Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…* Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh. Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.
Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.*Usah terlalu kasihankan anak* *Jangan terlalu memanjakan anak* *Ajar mereka erti susah payah sejak kecil* *Ajar mereka tentang kerja rumah* *Ajar mereka erti kehidupan* *Pupuk kesedaran dalam diri mereka* *Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.* *Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.* *Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.* *Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.* Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa. Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.
*Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T*