Kursus eRezeki UTM

Kini tiba giliran UTM sebagai IPT pilihan DotMe. Bermula dengan 1) latihan dua hari kepada pensyarah dan 2) perlantikan pensyarah sebagai jurulatih yang layak melatih 15 orang pelatih di bawah seliaannya untuk menjana pendapatan. Yang menariknya, beberapa persoalan telah terjawab.

erezeki
Bersama Cik Faezah dari dotMe Group Sdn Bhd.

Apa itu youcanduit? Kempen rupanya.

 “Kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.”

Apa itu eRezeki? Portal.

“Inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.”

eRezeki IPT fokus kepada kategori Petugas Digital (terma yang digunakan Digital Worker). Namun masih boleh terlibat dengan kategori yang lain (Digital Micro Task, Non-Digital Work, Digital Work -Passive). Maklumat lanjut klik kategori. Manakala dua bidang utama bagi Petugas Digital adalah IT dan Creative.

Seterusnya, terdapat dua langkah yang perlu ditempohi sebagai asas kepada petugas digital.