Latihan Industri: 2 Proses Permohonan Surat Pengesahan Pelajar

Surat Pengesahan Pelajar (SPP) diperlukan sebagai surat muka depan yang akan dikepilkan bersama surat permohonan penempatan LI ke organisasi.

SPP akan dikeluarkan oleh Pejabat Akademik FC menerusi JKLI. Oleh itu permohonan SPP perlu dibuat menerusi Industrial Training System (ITS).

2 proses utama terlibat:

(1) Pemilihan organisasi 

Pelajar

  1. mengisi Borang BLI-1C |muat turun| dengan lengkap.
  2. menyediakan 1 muka surat profile organisasi bidang utama, jenis organisasi, unit terlibat, website dan linkedin
  3. mengemel softcopy kedua-duanya (borang BLI-1C dan profile organisasi) kepada JKLI (SCSR mohon email ke rashidah@utm.my, Subjek: LI – BLI -1C namapelajar_organisasi)
  4. memilih organisasi yang telah dikemaskini di ITS dengan menekan butang <apply> atau setelah mendapat pengesahan dari JKLI.
  5. memohon Surat Pengesahan Pelajar (SPP)  dengan menekan butang <submit>

 

JKLI

  1. memajukan borang BLI-1C kepada Unit Kerjaya UTM (mengambil masa 3 hari bekerja untuk pengemaskinian maklumat di ITS)
  2. mengemaskini maklumat terkini organisasi ke dalam senarai organisasi di ITS.

 

(2) Permohonan Surat Pengesahan Pelajar menerusi ITS

Pelajar perlu memastikan status terkini di ITS. Sila ambil perhatian untuk tindakan selanjutnya. Status ini mengikut proses dan tindakan yang telah dilakukan.

Terdapat tiga status penting:

  1. Pending |tindakan seterusnya|
  2. Not Submitted |tindakan seterusnya| atau
  3. Approved |tindakan seterusnya|

JKLI SCSR

©RK2017

 

Maklumat lanjut:

  • Masa pertemuan JKLI.
  • Senarai APPROVED terkini!
  • Peringkat ke-3