Latihan Industri: Surat Pengesahan Pelajar

Surat Pengesahan Pelajar merupakan surat muka depan yang perlu dikepilkan bersama surat permohonan organisasi Latihan Industri (LI) dan CV. Surat pengesahan ini penting sebagai pengenalan diri sebagai pelajar UTM dan juga maklumat berkaitan LI yang akan dijalankan.

Organisasi tidak akan melayan sebarang permohonan LI tanpa Surat Pengesahan Pelajar. Ini bermakna permohonan penempatan LI dibuat tanpa pengesahan pengenalan pelajar dari institusi pengajian yang diiktiraf.

Surat Pengesahan Pelajar mengandungi maklumat pengenalan penting seperti:

  1. maklumat pelajar,
  2. maklumat LI -tarikh mula, tarikh akhir dan tempoh LI.
  3. maklumat fakulti dan UTM,
  4. maklumat organisasi yang akan dipohon
  5. menggunakan kepala surat fakulti dan UTM
  6. disahkan oleh pejabat akademik fakulti.

 

Pelajar yang akan menjalani LI perlu memohon Surat Pengesahan Pelajar menerusi ITS. Kemudian Surat Pengesahan Pelajar akan dikeluarkan oleh pejabat akademik Fakulti Komputeran, UTM.

Selanjutnya bagi proses permohonan boleh klik  <Proses Permohonan Surat Pengesahan Pelajar>

 

JKLI SCSR

©RK2017