Archives for February 2019

Panel Juri Luar Pertandingan Inovasi 2019 Peringkat Kolej Vokasional Tanjung Puteri JB

 

27 Februari 2019. Saya telah menghadiri Hari Pertandingan Inovasi 2019 Peringkat Kolej Vokasional Tanjung Puteri,  Johor Bahru. Kehadiran saya atas kapasiti sebagai Panel Juri Luar dan Ketua Juri Pertandingan. Ini merupakan kali ke-2 saya dijemput dan diberi kepercayaan sebagai Ketua Juri oleh pengurusan Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kolej Vokasional Tanjung Puteri dan pihak penganjur atas diberi kepercayaan yang diberi.

Pertandingan tersebut telah disertai 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia kursus Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Elektronik dan Teknologi Elektrik.

Kesemua projek yang dipertandingkan mempamerkan kualiti yang baik dari aspek penjanaan idea dan persembahan idea. Rata-rata kebanyakkan projek mempunyai potensi untuk dipasarkan dengan syarat ditambahbaik serba sedikit dari aspek rupabentuk dan fungsi.