Minggu yang sibuk bersama pelajar PSM2

Sejak seminggu yang lalu, suasana kampus UTM Johor Bahru mulai lengang, kerana ramai mahasiswa UTM selesai peperiksaan akhir semester 1 sesi 2018/2019 pulang bercuti dikampung masing-masing. Namun terdapat sebahagian mahasiswa yang masih berada dikampus sama ada mereka-mereka yang dari luar negara, mahu pun yang akan menghadapi pembentangan seminar Projek Sarjana Muda mahasiswa tahun akhir. Tidak ketinggalan mahasiswa Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Seramai lebih 100 orang mahasiswa tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terlibat dalam pembentangan Seminar berkenaan. Tidak terkecuali 11 orang mahasiswa di bawah Penasihatan Akademik saya dan 7 orang di bawah penyeliaan saya turut terlibat.

Alhamdulillah kesemua 7 orang pelajar PSM2 dibawah seliaan saya selamat dan sukses dalam pembentangan berkenaan. Begitu juga kesemua sebelas orang pelajar dibawah penasihatan akademik telah meraih kejayaan yang cemerlang. Terbaiklah anda SPPJ-Kimpalan 2014-2019.

Tahniah!

Azizi, Ummu, Azwana, Fatin, Fazliana, Yaya, Darshini, Chin, Eli, Jik, Hamizan dan Collen.