Prebiu dan Kaunseling Program (Pesisir/Khas) di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau

26 Januari 2019: Saya bersama 3 orang rakan dari Jawatankuasa Pemasaran Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau Negeri Sembilan. Lawatan tersebut diketuai oleh Dr Kamalularifin Subari bertujuan untuk mempromosikan program Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) kepada kalangan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional, guru-guru dan seluruh warga pendidikan di Negeri Sembilan. Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, wakil  Bahagian PTV JPN Negeri Sembilan, wakil-wakil Pengetua SMK daerah Rembau. Sambutan agak menggalakkan diterima dari seluruh warga pendidik daerah Rembau dan Negeri Sembilan.

Saya menyeru semua warga pendidik tvet dan mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan tvet seluruh Negeri Sembilan agar mengambil kesempatan ini dengan mendaftar secara online program Master in TVET di www.sps.utm.my.