24 Januari 2019: Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM buat julung-julung kali semenjak disenergikan pada Julai 2018 telah menerima seramai 119 orang mahasiswa baharu bagi kemasukan Semester 2 Sesi 2018/2019. Diucapkan selamat datang dan tahniah kepada mahasiswa-mahasiswa baharu SP FSSK UTM. Dari jumlah mahasiawa berkenaan, 24 orang daripadanya adalah mahasiswa program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) atau lebih dikenali sebagai SPPJ. Kumpulan mahasiswa SPPJ ini dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut Penasihat Akademik dan minor pengkhususan. Kumpulan pertama seramai 12 orang akan dibimbing dibawah Penasihatan Akademik Profesor Madya Dr Yusri Kamim dan minor dalam Teknologi Penyejukbekuaan dan Penyaman Udara. Sementara kumpulan kedua dibawah bimbingan Penasihatan Akademik saya dan minor dalam Teknologi Pemesinan Industri. Namun dalam majlis hari ini, mereka semua telah diberikan penerangan mengenai perkara-perkara bersangkutan dengan peraturan akademik seperti etika berpakaian, pendaftaran kursus, pengecualian/perpindahan kredit, kredit minima dan maksima untuk pendaftaran kursus dan sebagainya. Mahasiwa SPPJ ini kelihatan memberikan tumpuan penuh dan sering bertanyakan pelbagai soalan berkaitan dengan hal-hal akademik di SP.
Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi Syabas dan Selamat Datang ke SP FSSK UTM.