OBJEKTIF

  • Pemasangan turbin mikro dan sistem hidro elektrik dengan kos rendah di Hutan Simpan Royal Belum bagi bekalan tenaga elektrik sepanjang tahun tanpa kekangan bahan mentah.
  • Menjalankan klinik penyelenggaraan sistem hidro elektrik kos rendah bagi memastikan sistem ini dapat beroperasi dengan baik.
  • Pemindahan teknologi turbin mikro dan sistem penjanaan elektrik kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman seperti Kampung Sungai Tiang Taman Negeri Royal Belum.

IMPAK

  • Impak projek terhadap komunitipenduduk seramai 409 orang yang terdiri dari suku kaum Jahai. Jumlah kaum lelaki seramai 191 orang manakala wanita seramai 218 orang. Agama Islam dianuti oleh 12% penduduk, Kristian (11.5%), Bahai (10.5%) dan selebihnya ialah agama turun temurun nenek moyang mereka (66%) (JAKOA Gerik, 2014) akan dapat kemudahan bekalan tenaga elektrik sepanjang masa dan murah.
  • Menggunakan teknologi mikro-hidro kos rendah, penyelidik UTM akan menggunakan tenaga boleh baharu sebagai pemacu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kampung ini melalui pendekatan kelompok yang bermula dengan Kampung Sungai Tiang.
  • Kuasa mikro-hidro merupakan sumber tenaga secara mampan yang mampu memberi kesan penting terhadap alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran alam dari set generator.
  • Dalam projek mikro-hidro, air terpesong daripada sungai dan dihantar ke bawah melalui saluran paip lalu memutarkan turbin yang disambungkan ke generator untuk menjana tenaga elektrik. Air kemudiannya bergabung semula dengan aliran sumber, di mana ia boleh digunakan untuk kehidupan pengairan dan sokongan tumbuhan, membolehkan sistem ini memiliki kesan alam sekitar yang sangat sedikit.
  • Sistem mikro-hidro tidak memerlukan kadar aliran yang tinggiserta tidak memerlukan pembinaan empangan dapat menghasilkan bekalan tenaga yang berterusan yang boleh dihantar dengan jarak yang agak jauh.
  • Sistem ini agak murah dan memerlukan sedikit penyelenggaraan berbanding dengan teknologi lain seperti tenaga solar dan angin. Sistem mikro-hidro akan membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk setempat, klinik kesihatan, sekolah dan bakal kilang kraftangan untuk mewujudkan sumber pendapatan baru kepada penduduk