https://www.kosmo.com.my/komuniti/utm-universiti-meiji-anjur-persidangan-kelapan-icebm-1.952438
UTM, Universiti Meiji anjur persidangan kelapan ICEBM
09 Ogos 2019 12:06 PM
Persidangan kelapan Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Meiji, Jepun
KERJASAMA. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Meiji, Jepun mengadakan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan (ICEBM) 2019 di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Prof. Ir. Dr. Sha’ri Mohd. Yusof berkata, persidangan kali kelapan itu adalah aktiviti tahunan hasil kerjasama antara Fakulti Teknologi dan Informatik Razak dan Pentadbiran Perniagaan Siswazah Universiti Meiji.
“Justeru, persidangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswa pasca ijazah membentangkan kajian dalam bidang penyelidikan masing-masing yang dijalankan sama ada di Malaysia atau Jepun berteraskan Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan dan Pentadbiran Perniagaan,” ujarnya.
Turut hadir Penasihat ICEBM 2019, Prof. Dr. Koichi Okada dan Pengerusi ICEBM 2019, Ir. Dr. Shamsul Sarip.