CAR FREE CAMPUS (CFC 2020)

Sukacita dimaklumkan bahawa program Car Free Day@UTM Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap hari Rabu minggu ke-4 setiap bulan telah dijenamakan semula kepada Car Free Campus@UTM Kuala Lumpur dan dijadualkan pada setiap hari Rabu minggu ke-3 setiap bulan
Untuk makluman, keseluruhan kawasan kampus UTM Kuala Lumpur adalah diwartakan sebagai kawasan bebas kenderaan.
Sehubungan dengan itu, warga UTM Kuala Lumpur adalah diminta untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir Residensi UTMKL dengan kadar bayaran RM1.00 sekali masuk.
Bagi motosikal persendirian pula dibenarkan untuk parkir di Panel Solar berhampiran pintu masuk Maktab 1.
Pintu Laluan Pejalan Kaki (bersebelahan kafe MJIIT)  akan dibuka bermula jam 6.45 pagi – 6.30 petang.