Mikromobiliti dan Kelestarian: Tumpuan pada E-Skuter untuk Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan  SDG 11 dan 13 di UTMKL

Kuala Lumpur, 8 Februari 2024 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama URBANICE Malaysia melalui insiatif Kampus Sifar Karbon melaksanakan projek mitigasi karbon Mikromobiliti dan inovasi mampan di kawasan UTMKL dan Datuk Keramat. Projek ini bermula pada tahun 2023 dengan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan URBANICE Malaysia untuk meneroka inovasi mobiliti mampan ke arah bandar rendah karbon dan integrasi pengangkutan awam untuk menyokong hubungan dari satu tempat kepada satu tempat lain sekitar UTMKL.

Mikromobiliti merujuk kepada satu bentuk pengangkutan di mana kenderaan ringan boleh disewa atau dimiliki untuk perjalanan jarak dekat di dalam bandar. Ini melibatkan penggunaan kenderaan atau alat pengangkutan peribadi yang kecil dan ringan, dikuasakan oleh tenaga elektrik atau sumber tenaga bersih seperti e-skuter dan e-bike. Mikromobiliti ini dilihat sebagai satu pendekatan yang lebih berkesan dan lestari dalam menangani isu-isu pengangkutan dan kesan negatifnya terhadap alam sekitar. Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah memperkenalkan konsep Mikromobiliti pada awal tahun 2023 dengan tumpuan khusus kepada e-skuter di dalam kampus, sebagai inisiatif pengangkutan lestari dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari SDG 11 dan13.

Analisi penggunaan e-skuter sepanjang tahun sehingga Januari 2024 yang dapat mengurangkan pelepasan karbon, sejajar dengan SDG 13 yang menggariskan tindakan untuk mengurangkan impak perubahan iklim seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah.