Kek Buah Kukus

Mak suka sangat kek buah. Sebagai anak yang baik (eh eh) berhajat juga nak belajar. Terjumpa satu resepi yang disedekahkan oleh pembuatnya (Maz Abdul). Moga Allah lapangkan lagi rezeki beliau. Kita park sini dulu ya. Ada kelapangan kita buat nanti.

BAHAN A

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 250 gram butter
  • 3 cawan buahan campuran kering
  1. Panaskan gula dalam kuali hingga keperangan. Masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan butter dan kacau hingga cair.
  3. Masukkan buahan campuran dan masak hingga mendidih.
  4. Angkat dan biarkan sejuk.

BAHAN B

  • 300 gram tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
  1. Ayak semua bahan 3 kali.
  2. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan A dan gaul rata.

BAHAN C

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. Pukul telur hingga kembang dan berbuih.
  2. Masukkan ke dalam bancuhan tadi.
  3. Tambahkan 2 sudu sunquick (jika suka).
  4. Tuang dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas dengan baking paper.

NOTA

  1. Tutup loyang dengan plastik untuk mengelak wap kukusan jatuh ke atas kek.
  2. Pastikan air kukusan telah mendidih baru masukkan kek ke dalam pengukus.
  3. Kukus selama 2 jam.
  4. Sejam pertama dengan api sederhana. Sejam ke-2 menggunakan api kecil.
  5. Apabila kek telah masak, tutup api, buka penutup dan biarkan kek di dalam pengukus sehingga kek suam barulah diangkat.
  6. Potong kek apabila telah sejuk.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *