Resepi kek nie dapat daripada Acik Jimah. Tapi rupa-rupanya dia dapat daripada emak. Acik buat suka-suka tapi ramai pula yang suka. Jadi, sekarang kek nie dah jadi pendapatan sampingannya.
Perisa kek nie boleh diubah suai. Untuk kek oren, acik akan masukkan buah-buahan campuran. Kalau nak jadi kek coklat, acik akan tukar perisa oren kepada perisa coklat dan masukkan chocolate chips.
Bahan-bahan:
- 250 gram mentega
- 250 gram tepung naik sendiri (ayak sebanyak 3 kali)
- 180 gram gula pasir (blender sehingga halus)
- 1/4 cawan susu cair
- 4 sudu perisa oren
- 1 camca teh esen vanilla
- 5 biji telur ayam gred C
Cara-cara membuatnya:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan susu cair, esen vanilla dan perisa oren.
- Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.
- Masukkan adunan ke dalam cawan kertas kecil.
- Bakar dengan suhu 1700C selama 15 minit.
KEk Cawan oren Part 2
Ambil apa2 jenis kek sekalipun
Ambil cawan kaler oren
Letakkan kek didalam cawan kaler oren tersebut..
ok siapp..
Hahaha sabar aje lah… :p