PRN Sudah Tamat

Alhamdulillah PRN sudah berakhir dan keputusan sudahpun kita ketahui iaitu 3-3.

Kita kena ‘respect’ pemilihan rakyat ini. Jangan kita pertikaikan lagi. Yang sudah tu sudahlah, mari kita hadapi masa depan dengan lebih baik.

Banyak pengajaran dan pembelajaran yang kita dapat simpulkan daripada PRN ini. Antaranya adalah;

1) Rakyat tak kisahpun kekurangan infrastruktur. Kalau dia boleh hidup dengan air keruh lebih 30 tahun yang lalu, apalah masalahnya untuk dia terus alami buat 30 tahun yang akan datang. ‘No issues’.

2) Rakyat tak kisahpun mempunyai pemimpin yang mencarut janji dia Islam. Tak kisahlah dia pemimpin parti mana. Hadis nabi yang menyatakan apabila engkau melihat kemungkaran maka betulkan dengan tangan, kalau kamu tidak mampu maka betulkan dengan lisan dan akhirnya jika kamu juga tidak mampu maka betulkan dengan hati, yang mana itulah mereka yang selemah-lemah iman. Adakah ia terpakai untuk mereka yang tak ada haraki saja? Yang berjamaah boleh aje sebut macam-macam; Kepala Bapa Hang, LanXXX, Bodoh, dan lain-lain lagi. Mana sahabat-sahabat di dalam jamaah mereka, tak ada seorangpun yang berani tegur? Astaqfirullahhal Azim!

3) Tak ada masalahpun kita melabel ini ahli syurga dan itu ahli neraka, orang ni Islam dan orang tu kafir. Tiada siapa nak ambil tindakanpun…

4) Tiada masalahpun kita benci atau menghasut supaya orang lain tidak suka kepada bangsa lain melainkan bangsanya sendiri. Sedangkan Islam menganjurkan kita supaya kenal mengenali antara satu sama lain (litaarafuu).

5) Berpolitiklah dengan apa jua cara dan kita tak perlupun berpolitik secara matang.

6) Rakyat kita tidak ingin melihat kepada perancangan untuk jangka masa panjang atau sederhana. Apa yang dia hendak adalah kalau ada keramaian maka kita hadir, begitu juga jika ada kematian, kita juga hadir. Itu aje, terus kita digelar pemimpin berjiwa rakyat.

7) Rakyat kita masih berlegar kepada isu perkauman. Melayu tak suka Cina dan Cina tak suka melayu. Begitu juga dengan bangsa India dan lain-lain. Kita hanya buat muka suka sahaja tetapi hakikatnya kita bermuka-muka.

8) Banyak lagi….

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang menyentuh hati mana-mana pihak. ‘Sorry’ ya…