Beraya Bersama Anak-Anak & Cucu…

Hari ini kami semua solat sunat HARI RAYA Aidil Fitri di Surau P11. Dapatlah jumpa ramai ahli kariah. Kalau diikutkan ada aje kerja yang perlu dibuat di Masjid Sułtan Iskandar. Tapi aku minta ‘excuse’ untuk solat di Surau.

Balik dari mengerjakan solat sunat Hari Raya, kami bergambar seisi keluarga. Aku, isteri, anak-anak, menantu dan cucu ‘posing’ untuk gambar keluarga. Tahun depan, belum tentu aku masih ada…

Bila kita sudah pencen, ke situlah difikirkannya. Bagaimana alam kubur sebelum tiba ke alam barzakh? Tiada seorangpun yang kembali ke dunia untuk menerangkan pengalaman masing-masing. Kita takut lubang kubur kita adalah salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Wal iya zubillah humin zaalik!

Ya Allah, Engkau terangilah kuburku. Jangan Engkau sempitkan ia sehingga mematahkan tulang-tulang rusukku. Ya Allah, Engkau luaskannya seperti salah satu taman dari taman-taman syurga. Kabulkan permintaanku ya Allah, ya Rabbal ‘Aalamiin.

Kita disarankan untuk membaca surah al-Mulk saban malam untuk menjauhi dari siksa kubur.

Bagi mereka yang membaca surah alMulk sebelum tidur, mereka akan terhindar dari azab kubur. Ini diceritakan di dalam sebuah hadis di mana An-Nasaie meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa membaca surah alMulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Jom! mari kita beramal dengannya…

Alhamdulillah…

Sudah agak lama aku tidak menulis. Mungkin dulu yang mendorong aku menulis ialah kerana ada markah extra untuk e-lppt aku. Sekarang aku menulis kerana ingin meluahkan perasaan atau memberi sedikit pesanan. Sebulan telah berlalu, Ramadan tahun … [Continue reading]

Pahala Percuma

Kuliah maghrib diantara waktu maghrib dan isya' di Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn (BDO) malam tadi. Di MSI, boleh dikatakan setiap malam ada Kuliah Maghrib. Begitu juga Kuliah Subuh! Boleh dikatakan setiap hari ada. Cuma kalau … [Continue reading]

Kursus Ar-Rahnu

Hari pertama Kursus Ar-Rahnu di Aras 11, Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Bilangan peserta tak ramai, hanya 8 orang. Kita berkursus dari 12 hingga 14 September 2023. Kami 4 orang mewakili Koperasi UTM Berhad (KUTMB). Hanya tinggal 2 … [Continue reading]

Majlis Perpisahan ALK Lama

Majlis Perpisahan atau 'Farewell' kepada mantan ALK Koperasi UTM Berhad. 2 orang bekas ALK adalah Tn. Hj. Dahari Derani dan En. Jaffrey Samsul Bahrin yang tamat tempoh pada tahun ini. Majlis ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor … [Continue reading]

Program Temu Anwar di UTM

Hari ini, 3 September 2023, Program Temu Anwar di UTM. Penuh sesak Dewan Sultan Iskandar (DSI)! Yang tiada tempat duduk, mereka duduk di atas tangga termasuk saya. Kepada yang masih sangsi dengan Anwar, tidak ada masalah kerana kita tidak boleh … [Continue reading]

Selamat Hari Jadi

Menyambut Hari Jadi sudah menjadi lumrah kepada rakyat Malaysia dewasa ini. Dari sekecil-kecil manusia hinggalah ke sebesar-besar insan, baik saiznya mahupun pangkatnya. Orang ramai tidak menilai samaada kecil atau 'grand' engkau punya 'celebration'. … [Continue reading]

Belajar Dengan Guru Mahir

Banyak perkara yang kita buat tetapi tidak bermakna kita yang paling mahir atau pakar dalam bidang tersebut. Beberapa minggu lepas, saya membuat kelas webometric untuk kawan-kawan yang ada masa untuk mendengar celoteh saya. Ada dalam 13 orang yang … [Continue reading]

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Melihat tayangan langsung pagi ini di TV1 berkenaan Sambutan Hari Kemerdekaan amat seronok sekali kerana kita masih menyanjung pejuang-pejuang kemerdekaan. Walaupun pengibaran Jalur Gemilang tidak serancak dulu-dulu, … [Continue reading]

Memerangi Rasuah

PMX melaung-laungkan supaya kita melawan anasir jahat rasuah. Dari dulu lagi semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau begitu menegaskan untuk melawan rasuah. Sekarang apatah lagi setelah menjadi orang nombor 1 negara... Kita semua … [Continue reading]