Assalamu’alaykum,

so, selamat “menyentuh” alam tahun baru 2020, dan secara dasarnya, kita telah juga memasuki dekad yang baru, dan seperti biasanya, ramai yang mula berazam, mula menyenaraikan matlamat, objektif bagi tahun yang baru…

segala kelemahan, kekurangan dari perjalanan tahun 2019, akan cuba diperbaiki sepanjang tahun 2020, dan ke depan, atau mungkin, hanya perjalanan yang malar sahaja, tanpa hala tuju…

jika masih malar, dan merasakan hidup tiada arah tuju, masih belum terlewat, untuk kita merenung kembali, apa perjalanan yang kita telah tempuhi sepanjang tahun 2019, secara perkara yang baik, perkara yang menyeronokkan, perkara yang menaikkan semangat, dan perkara yang meningkatkan keyakinan kita sepanjang tahun 2019… selain tu, cuba juga lihat perkara-perkara yang “mengikat” kita dari mencapai perkara yang baik, apa dugaan, cabaran, rintangan yang dilalui sepanjang tahun 2019. adakah semakin menjadikan kita orang yan glebih baik, ataupun menjadikan kita seseorang yang bertindak sebaliknya….

mungkin takde yang nak dicapai sepanjang tahun 2020 ini, kerana terlalu berat dugaan hidup. mungkin faktor luaran banyak mengekang pembangunan dan pencapaian diri kita… jadi, mungkin tahun 2020 ini, kita target satu perkara sahaja….

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

tak perlu banyak kot, kita sama2 cuba untuk sentiasa berfikiran positif. jika ada perkara yang membelenggu kita dari berfikiran positif, kita cuba renung kembali, kenapa ianya mengekang kita, dan kemudian, kita boleh cuba dapatkan jalan bagi menguruskan, atau lebih baik, menyelesaikan perkara tersebut.

so, mungkin boleh dijadikan azam tahun baru, mungkin tambahbaik dari azam tahun baru. nak berfikiran positif, memerlukan juga kesabaran yang tinggi… kita tak boleh ubah apa orang buat, apa persekitaran kita buat kepada kita, tapi hanya kita yang boleh mengawal pemikiran kita…

sekiranya kita berfikiran positif, insyaAllah, lebih banyak peluang dan ruang yang boleh diperbaiki dalam diri kita…

so, selamat tahun baru (lambat), dan semoga terus berfikiran positif!!

regards