Category Archives: Personal

Green Jade Republic

Assalamu’alaykum,

beberapa hari lepas, saya dan isteri telah pergi ke salah satu kedai (warung) di Taman Universiti, Skudai. Dan kedai ini bernama Green Jade Republic.

sebelum ini, pernah juga pergi, tapi untuk minum petang, dan ketika itu disajikan dengan Air Batu Campur (ABC), yang enak juga.

tapi kali ini, saya pergi pada waktu tengahari, asalnya ingin menjamu makanan apa yang ada di kawasan itu, akan tetapi ternampak kedai ini telah dibuka, dan kelihatan ramai orang sedang makan di situ.

dan saya telah mencuba mee kari, dan ianya dirasakan enak. walaupun sedikit pedas, akan tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan enak.

insyaALLAH sekiranya diberikan peluang, saya akan mencuba pula hidangan yang lain, seperti mee rebus, nasi ayam dan lain2 lagi

sehingga bertemu lagi~

SPPT 2017 – Tamat sudah

Assalamu’alaykum,

alhamdulillah, selesai sudah kursus SPPT 2017 sepanjang tiga minggu (yang sangat lama). namun kenangan bersama rakan2 dari pelbagai bidang masih lagi ditagih.

jadi pagi ini, kami membuat mini reunion, hopefully to gain momentum di masa akan datang.

Hopefully boleh lagi berjumpa rakan2 SPPT ini, selepas bersama-sama selama 3 minggu.

 

regard

Salam Perkenalan

Assalamu’alaykum dan Salam Sejahtera,

pertama kali menulis untuk blog ini, selamat datang kepada diri sendiri, dan kepada para pembaca.

insyaALLAH akan cuba memanfaatkan penulisan blog untuk diri sendiri, rakan2, masyarakat dan harapnya kepada negara dan agama.

wallahu’alam