Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah bahagian setting atau tetapan. Pilihan untuk mengakses setting terletak pada bahagian kanan.
Asalnya, jika anda belum memasang apa-apa plugin, bahagian setting terbahagi kepada 6 bahagian iaitu General, Writing, Reading, Discussion, Media dan Permalink.
Berikut merupakan sedikit penerangan untuk bahagian-bahagian setting tersebut.
- General: Tempat untuk mengubah url utama, tetapan zon masa, tajuk (title) dan juga penerangan ringkas laman web anda.
- Writing: Pada bahagian ini anda boelh mengubah tetapan untuk kategori asal untuk post anda. Jika anda ingin menulis post melalui email anda juga boleh menetapkan setting di sini.
- Reading: Disini anda boleh memilih bagaimana laman utama anda, sama ada anda memilih kumpulan terbaru post anda sebagai laman utama atau menetapkan satu page khas untuk laman utama.
- Discussion: Tetapan berkaitan dengan komen.
- Media: Dalam bahagian ini anda boleh mengubah saiz image dan memilih bagaimana anda mahu fail anda disusun.
- Permalinks: Bahagian ini membolehkan anda menetapkan stuktur url untuk post anda.