TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE

Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang di sebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram.

  1. TARGET PERMAINAN

Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan lawan.

  1. KOMPOSISI PASUKAN.

Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:

3 pemain melawan 3 pemain (triples),

setiap pemain menggunakan 2 boules.

2 pemain melawan 2 pemain (doubles),

setiap pemain menggunakan 3 boules.

1 pemain melawan 1 pemain (single),

setiap pemain menggunakan 3 boules.

3. PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN.

Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack berukuran 25-35 mm (diameter).

Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan permainan.

  1. MEMULAKAN PERMAINAN

Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35 – 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.

  1. LONTARAN BOLA PERTAMA

Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa dekat yang boleh.

Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules kearah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.

  1. POINTING

Pemain melontar bola secara pointing   (samaada rolls, half lob, high lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan.

  1. SHOOTING

Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack.

  1. JIKA BERJAYA

Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan biru pula akan membuat lontaran.

  1. JIKA TIDAK BERJAYA

Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”.

  1. PENENTUAN MATA

Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).

Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan biru mendapat 3 mata.

Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.

  1. AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)

Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang.

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE

Permainan Woodball

Permainan Woodball merupakan jenis permainan olahraga yang terbilang baru,permainan Woodbal belum begitu dikenal oleh masyarakat Indonesia. Permaianan ini mirip dengan permainan Golf. Permainan Woodball dimulai dengan memukul bola dari garis batas mulai atau start area sampai dengan masuknya bola ke dalam gate dengan cara memukul bola dengan mengunakan malet. Ketika pemain masuk ke dalam start area maka semua pemain lainnya harus mundur diluar area start demi untuk keamanandan keselamatan. Pada Pukulan pertama bola harus ditempatkan di area start dan menuju ke arah gawang atau gate.

Selanjutnya akan kita bahas tentang Peraturan Penyelenggaran Pertandingan Woodbal. Pertandingan Woodball dilaksanakan sesuai dengan peraturan dan ketetapan organizer dan peraturan woodball. Setiap pemain harus menyelesaikan pertandingan dari mulai fairway pertama sampai dengan fairway keduabelas atau kelipatan sesuai dengan yang ditetapkan, dan hasil akhir ditentukan oleh jumlah hitungan pukulan dalam pertandingan. Dalam hal pemain tidak menyelesaikan pertandingan pada satu fairway manapun atau tidak melanjutkan pertandingan, maka hasilnya tidak akan dihitung.

Bagaimana pelanaggaran dalam pukulan permainan woodball?. Ada beberapa hal yang perlu dihindari seorang seorang pemain agar tidak melakukan pelanggaran dalam hal memukul bola diantaranya: Setiap pemaian yang akan melakukan pukulan harus berdiri tegak pada kedua kakinya,memgang malet pada kedua tangannya dan menaruhnya dibelakang bola dilanjutkan dengan memualai pukulan. Pemain tidak boleh melakukan pukulan sambil berjalan. Pelanggaran ini dikenai sangsi satu pukulan dan harus melakukan pukulan bola brikutnya dari posisi yang baru.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Permainan Woodball

Cara Buat Post

Adalah amat mudah untuk membuat post dengan WordPress. Ini salah satu daripada kelebihan WordPress – Mudah membuat post.

Untuk membuat post atau artikel, anda hanya perlu klik butang Add New didalam bahagian Posts.

Membuat post baru dalam wordpress

Laman baru yang kelihatan seperti Microsoft Words atau text editor akan muncul. Untuk memulakan post anda, isikan dahulu tajuk besar pada bahagian atas.

bentuk post editor pada wordpress

Anda boleh memilih antara 2 jenis editor.  Pada bahagian kanan selepas ruang untuk tajuk, terdapat dua pilihan: Visual dan Text.

1. Visual View

Visual view membolehkan anda nampak dengan jelas keadaan, susunan dan struktur post anda.

Melainkan anda ingin membuat atau menambah kod tertentu adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat post menggunakan visual view.

Visual view dilengkapi dengan pilihan-pilihan yang biasa anda nampak pada mana-mana text editor seperti bold, italic, center, list, simbol, link, pilihan untuk memasukkan gambar dan sebagainya.

Sebahagian daripada pilihan yang dinyatakan diatas mungkin tersembunyi, untuk melihat semua pilihan tersebut klik ikon Toolbar Toogle yang terletak pada bahagian ikon paling hujung sebelah kanan.

wordpress editor toolbar toogle

2. Text View

Text view adalah untuk mereka yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam apa-apa kod yang berkaitan dengan pembinaan laman web seperti html, css dan javascript.

Anda boleh melihat perbezaan antara visual view dan text view dalam gambar berikut:

visual view dalam wordpress
Visual view untuk post dalam WordPress
text view dalam wordpress
Post yang sama dalam text view

Kembali ke struktur utama New Post,  pada bahagian kanan anda terdapat beberapa butang penting termasuk Screen Option, Publish, Format, Categories, Tags dan Featured Image.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Cara Buat Post

Setting Utama WordPress

Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah bahagian setting atau tetapan. Pilihan untuk mengakses setting terletak pada bahagian kanan.

wordpress bahagian setting

Asalnya, jika anda belum memasang apa-apa plugin, bahagian setting terbahagi kepada 6 bahagian iaitu General, Writing, Reading, Discussion, Media dan Permalink.

Berikut merupakan sedikit penerangan untuk bahagian-bahagian setting tersebut.

  • General: Tempat untuk mengubah url utama, tetapan zon masa, tajuk (title) dan juga penerangan ringkas laman web anda.
  • Writing: Pada bahagian ini anda boelh mengubah tetapan untuk kategori asal untuk post anda. Jika anda ingin menulis post melalui email anda juga boleh menetapkan setting di sini.
  • Reading: Disini anda boleh memilih bagaimana laman utama anda, sama ada anda memilih kumpulan terbaru post anda sebagai laman utama atau menetapkan satu page khas untuk laman utama.
  • Discussion: Tetapan berkaitan dengan komen.
  • Media: Dalam bahagian ini anda boleh mengubah saiz image dan memilih bagaimana anda mahu fail anda disusun.
  • Permalinks: Bahagian ini membolehkan anda menetapkan stuktur url untuk post anda.
Posted in Uncategorized | Comments Off on Setting Utama WordPress

Pengenalan – WordPress Dashboard

WordPress dashboard adalah bahagian pertama yang anda jumpa selepas masuk ke dalam bahagian WordPress admin. Dashboard ini dibuat untuk memudahkan anda untuk menguruskan laman web anda.

Pengenalan wordpress dashboard

Berikut merupakan serba sedikit pengenalan tentang WordPress Dashboard.

  • Welcome to WordPress!: Tutorial untuk pemula. Anda boleh mengikuti satu persatu bahagian ini jika anda mahu.
  • At a Glance: Menunjukan maklumat seperti theme yang anda pakai, jumlah post, jumlah page dan komen.
  • Quick Draft: Bahagian ini membolehkan anda menulis apa-apa idea dengan cepat tanpa perlu masuk ke bahagian post.
  • Aktivity: Menunjukkan post dan komen terbaru.
  • WordPress News: Info terbaru berkenaan dengan WordPress.

Apabila anda memasang plugin tertentu, maklumat tentant plugin tersebut juga akan muncul disini (bergantung kepada pembuat plugin tersebut).

Posted in Uncategorized | Comments Off on Pengenalan – WordPress Dashboard

Setting untuk install WordPress

Setting untuk install WordPress

Pastikan domain anda sudah diaktifkan sebelum install WordPress!

Berikut merupakan panduan untuk anda mengisi tetapan atau setting sebelum memasang WordPress.

software setup semasa install wordpress

  1. Choose Protocol

Anda boleh memilih antara pilihan berikut untuk domain anda:

  • http://
  • http://www
  • https://
  • https://www

Jika anda mahu domain anda mempunyai perkatan www didepan, pilih antara http://www atau https://www.

Untuk memilih https, anda perlu memiliki SSL certificate. Suatu ketika dahulu anda harus membelanjakan sejumlah wang untuk memperolehi SSL certificate.

Terima kasih kepada cPanel, kini SSL certificate diberi secara percuma kepada semua pemilik domain.

Selepas domain anda diaktifkan, secara automatiknya SSL certificate akan dikeluarkan untuk anda. Akan tetapi, proses ini mengambil masa. Kebiasaanya, selepas sehari SSL certificate sudah boleh digunakan.

Pilih http atau https?

lambang padlock pada url https
https jika anda mahu manga hijau pada url anda!

Saya mengesyorkan anda memilih https. Dengan https laman web anda lebih selamat dan mempunyai kelebihan dari segi google rangking.

2. Choose Domain

Pilih nama domain anda yang anda mahu gunakan bersama WordPress.

3. In Directory

Asalnya, terdapat perkataan wp pada ruangan. Padam perkataan tersebut.

4. Site Name dan Site Description

site setting semasa install wordpress

Untuk site name, isikan nama laman web anda. Untuk site description isikan penerangan ringkas berkenaan laman web anda.

Jangan bimbang anda boleh mengubah semula bahagian ini kelak.

5. Admin Account: Username, Password & Email

setting admin account ketika install wordpress

Butir-butir ini akan anda gunakan untuk mengakses panel admin WordPress kelak. Isi dan simpan butir-butir anda. Gunakan email boleh anda akses kerana setiap butir-butir akan dihantar ke email tersebut.

6. Choose language

pilihan bahasa dan plugin semasa install wordpress

Pilih bahasa. (Tutorial ini berdasarkan pilihan bahasa English, pilihan bahasa lain mungkin akan menimbulkan kekeliruan).

7. Select Plugins

Anda boleh memilih untuk install plugin yang direkomenkan oleh WordPress. Terpulang kepada anda. Anda boleh install sendiri plugin kelak melalui WordPress admin panel.

8. Advance Option

Jika anda klik bahagian Advance Option beberapa pilihan akan muncul untuk anda.

advance option ketika install wordpress

  • Database Name: Anda boleh menggunakan nama baru atau biarkan saja tetapan asal. Bagi saya jangan ubah bahagian ini.
  • Table Prefix: Ruangan ini juga jangan ubah, biarkan sahaja tetapan asal.
  • Auto Upgrade: Untuk bahagian ini, saya cadangkan anda untuk menandakan bahagian Auto Upgrade, Auto Upgrade WordPress Plugins dan Auto Upgrade WordPress Themes. Ini untuk memastikan laman web anda sentiasa berfungsi dengan baik dan selamat.
  • Backup Location: biarkan setting pada default.

9. Select Theme

Pilihan theme atau tema adalah bergantung kepada anda. Anda boleh menukar theme kelak.

Dan akhir sekali, klik Install. Pemasangan mengambil masa dalam 2-3 minit.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Setting untuk install WordPress

Cara Install WordPress

Bagaimanakah cara untuk install WordPress?

Anda boleh memasang WordPress melalui cPanel.  cPanel adalah sistem yang digunakan untuk mengawal atau menguruskan server (hosting server ) anda.

Sewaktu anda membeli hosting server (dan juga domain) untuk laman web daripada mana-mana syarikat yang menjual servis hosting server, anda akan diberikan satu akaun untuk server anda.

Di dalam akaun tersebut terdapat pautan untuk anda mengakses bahagian cPanel. Klik pautan tersebut.

Selain daripada itu, anda boleh mengakses cPanel anda dengan menaip alamat berikut pada browser anda.

www.domainanda.com/cpanel

Gantikan perkataan “domainanda” dengan domain website anda.

Cara mengakses cPanel:

  1. Melalui akaun web hosting anda
  2. Dengan menambah ‘/cpanel’ pada hujung domain anda – www.domainsaya.com/cpanel

Cara ke-2 yang dinyatakan diatas memerlukan anda untuk memasukkan butir-butir log masuk (id dan password). Butir-butir ini selalunya dikirimkan ke email anda oleh pihak penjual web hosting server.

Struktur cPanel kelihatan seperti berikut:

dashboard cpanel

Rupa bentuk cPanel anda mungkin agak berbeza bergantung kepada tema cPanel yang ditentukan oleh pihak pengurusan hosting server anda.

Untuk memasang atau install wordpress, pergi ke bahagian softaculous apps installer dalam cPanel. Softaculous apps installer terletak pada bahagian paling akhir dalam cPanel.

bahagian softaculous app installer

Klik ikon WordPress. Ini akan membawa anda ke laman baru yang kelihatan seperti berikut.

bahagian utama install wordpress melaui softaculous

Klik pada pilihan tab Install untuk membawa anda ke bahagian setting sebelum install.

Setting untuk install WordPress

Pastikan domain anda sudah diaktifkan sebelum install WordPress!

Posted in Uncategorized | Comments Off on Cara Install WordPress

Pengenalan WordPress

Apa-apa pun, sebelum bermula adalah lebih baik jika kita mengenali dahulu serba sedikit tentang WordPress.

Apa itu WordPress?

Secara teknikalnya WordPress adalah Content Management System (CMS) yang berasaskan PHP dan MySQL. Selain WordPress terdapat CMS lain seperti Joomla dan Drupal.

wordpress menyusun atur laman web anda

Jika anda adalah seorang penulis, WordPress boleh diumpamakan sebagai syarikat penerbitan peribadi anda. Anda hanya perlu membekalkan bahan tulisan dan WordPress akan menguruskan segalanya untuk anda.

Terima kasih kepada Michel Valdrighi, Matt Mullenweg dan Mike Little atas jasa mereka menghasilkan WordPress. Dengan WordPress pengurusan laman web anda menjadi lebih senang dan cepat.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Pengenalan WordPress

Apa itu WordPress?

WordPress lahir dari sebuah keinginan, WordPress awalnya berarsitektur sistem penerbitan pribadi yang elegan dibangun di bahasa pemrograman PHP dan MySQL dan berlisensi di bawah GPL. WordPress adalah penerus resmi b2 / cafelog. WordPress adalah perangkat lunak modern untuk pembuatan web, tetapi WordPress dikembangkan kembali pada tahun 2001. Ini adalah produk yang matang dan stabil. WordPress senidir berharap untuk berfokus pada pengalaman pengguna dan standar web tool yang berbeda dengan web tool lain yang ada diluaran sana. Dan saat ini total 49% website di seluruh dunia dibangun dengan WordPress. Jadi berbanggalah anda jika menggunakan WordPress. ?

Posted in Uncategorized | Comments Off on Apa itu WordPress?

Resepi Daging Dendeng

Bahan Bahan

  • Daging lembu
  • Bawang besar, bawang kecil, bawang putih**
  • Halia**
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Kayu manis, bunga lawang
  • Cili blend
  • Air asam jawa
  • Air rebusan daging
  • Kicap

Bahan bertanda ** dimayang halus

Cara Cara Memasak

  1. Bawang besar, bawang kecil, bawang putih & halia yang dimayang halus tadi digoreng. Bawang goreng ni lagi banyak lagi sedap
  2. Daging tadi dihiris nipis. Lepas tu ambil anak lesung, tumbuk satu satu hirisan daging tu. Rujuk gambar di bawah
  3. Daging yang dah siap ditumbuk tadi kemudiannya digoreng sebentar. Jangan terlalu lama kerana daging akan keras sangat nanti.
  4. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang dah diketuk, kayu manis, bunga lawang & daun limau purut. Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak.  Kemudian masukkan kicap lemak manis dalam 1/2 cawan (atau agak-agak la ye). Masukkan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam & gula 
  5. Masukkan 1 mangkuk kecil air rebusan daging tadi. Kemudian masukkan daging yang siap digoreng tadi. Kacau-kacau sehingga kuah kering sedikit.
  6. Masukkan bawang goreng yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kalau terlalu banyak air, takpe tunggu sehingga kuahnya kering. (Ikut suka, kalau saya mmg suka kering)
  7. Cili padi saya pecahkan dan tambah ke dalam ni sebagai optional sahaja, sebab saya hantu pedas. Tak letak pun takpe. Hihi…………Ihsan dr blogger.
Posted in Uncategorized | Comments Off on Resepi Daging Dendeng