Kalau nak beli laptop dan nak pilih storan, ada dua jenis storan iaitu Solid State Drives (SSD) & traditional / mechanical Hard Disk Drives (HDD). Mana satu lebih baik ni…? Kadar penggunaan kuasa SSD adalah kurang dibandingkan dengan HDD. SSD memberi kuasa yang lebih cekap dan berkesan. Antara kebaikan SSD adalah memberikan jangka hayat bateri lebih lama, lebih pantas dan lebih lasak. Oleh itu, sebaiknya pilihkan SSD…
Bagi RAM pula… jika anda ingin menggunakan computer dengan fungsi yang minima, 4GB RAM telah mencukupi. Tetapi, jika anda mahu laptop anda dapat menyelesaikan tugas yang lebih mencabar, seperti permainan, reka bentuk grafik dan pengaturcaraan, disyorkan mempunyai sekurang-kurangnya 8GB RAM.