Badan saya perlukan berapa liter air sehari?

Biasa kita dengar, kita perlu minum air kosong yang banyak sehari, untuk kesihatan badan dan kulit yang cantik. Betul ke, ada yang kata 2 liter, 3 liter dan 6-8 gelas sehari?

Pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan menjawab soalan ini dalam siaran video di akaun TikTok beliau @celotehdrmalar, kuantiti air yang perlu kita minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) didarab dengan 0.03.

Jika berat kita 50kg, air yang badan perlukan adalah sebanyak 1.5 liter sehari, iaitu 50kg x 0.03. Jika terlebih minum, macam mana? Haa.. terlebih air pun ada risikonya. Jika air berlebihan dalam badan, boleh menyebabkan water intoxication (mabuk air) atau turut dikenali sebagai keracunan air. Ini boleh menjejaskan fungsi otak dan mengakibatkan peningkatan air dalam darah.

Air tersebut boleh mencairkan natrium dalam darah, di mana natrium membantu mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel. Apabila paras natrium turun kerana terlalu cair, cecair yang berada di luar akan masuk ke dalam sel menyebabkan pembengkakan. Jika keadaan ini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menyebabkan risiko bahaya dan berpotensi untuk mengancam nyawa.

Sumber:
https://www.sinardaily.my/article/215436/national/doctor-reveals-real-daily-water requirement-for-body-and-its-not-two-litres-three-litres-or-eight-glasses-a-day

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *