Kasih Tak Bersyarat

Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku

Credit: Azahari Nowseeheart

Welcome 2022

Sedar tak sedar, 2021 telah meninggalkan kita. Selamat datang 2022!

Setiap kali menjelangnya tahun baru, umur kita akan bertambah, masa lalu tak dapat dikembalikan, masa depan sedang menunggu. Maka, apa yang perlu kita buat? Buatlah sebaik-baik perancangan untuk masa depan yang lebih baik daripada sebelumnya. Perjalanan masih jauh…