Badan saya perlukan berapa liter air sehari?

Biasa kita dengar, kita perlu minum air kosong yang banyak sehari, untuk kesihatan badan dan kulit yang cantik. Betul ke, ada yang kata 2 liter, 3 liter dan 6-8 gelas sehari?

Pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan menjawab soalan ini dalam siaran video di akaun TikTok beliau @celotehdrmalar, kuantiti air yang perlu kita minum adalah berdasarkan formula pengiraan berat badan dalam kilogram (kg) didarab dengan 0.03.

Jika berat kita 50kg, air yang badan perlukan adalah sebanyak 1.5 liter sehari, iaitu 50kg x 0.03. Jika terlebih minum, macam mana? Haa.. terlebih air pun ada risikonya. Jika air berlebihan dalam badan, boleh menyebabkan water intoxication (mabuk air) atau turut dikenali sebagai keracunan air. Ini boleh menjejaskan fungsi otak dan mengakibatkan peningkatan air dalam darah.

Air tersebut boleh mencairkan natrium dalam darah, di mana natrium membantu mengimbangi cecair antara bahagian dalam dan luar sel. Apabila paras natrium turun kerana terlalu cair, cecair yang berada di luar akan masuk ke dalam sel menyebabkan pembengkakan. Jika keadaan ini berlaku kepada sel-sel otak, ia boleh menyebabkan risiko bahaya dan berpotensi untuk mengancam nyawa.

Sumber:
https://www.sinardaily.my/article/215436/national/doctor-reveals-real-daily-water requirement-for-body-and-its-not-two-litres-three-litres-or-eight-glasses-a-day

Awas! Kawasan Kemalangan…

Pernah nampak papan tanda ini? Anda peka dan berhati-hati.. atau, abaikan dan buat tak tahu je..? Ada sebab kenapa papan tanda ni wujud.

Pengalaman saya hampir dua kali kemalangan di kawasan yang ada papan tanda ni, kerana tak peka dengan amarannya. Namun, Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana saya masih selamat…

#nasihatdirisendiri

Doa Memasuki Bulan Rejab

‘Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab…’

Cantik sungguh tarikh 1 Rejab 1433H yang bersamaan dengan 2.2.2022 tahun Masehi. Bila menjelang bulan Rejab, teringat kepada bulan Syaaban dan khususnya Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Amalan biasa yang banyak dilakukan di bulan-bulan ini adalah BERPUASA..

Diambang masuknya bulan Rejab, jom kita berdoa..

Barang harian pun ada jangka hayat..?

Kita jarang tahu kan yang beberapa barangan kegunaan harian yang biasa kita guna ada tarikh luput. Selagi barang-barang tu tak rosak atau reput, selagi tu la kita guna. Tapi… anda tahu tak barang-barang harian pun ada tarikh luput?. Jom kita check

1. Bantal

Bantal hanya sesuai digunakan antara setahun hingga tiga tahun je. Jika rupa dan bau bantal anda dah berubah, wajib la anda tukar walaupun baru setahun guna. Tapi jika masih elok, boleh guna hingga tiga tahun. Ini dikhuatiri bantal tu dah jadi tempat pembiakan bakteria.

2. Tuala Mandi

Biasanya tuala boleh digunakan sehingga tiga tahun. Lepas tu kena tukar. Cucilah tuala anda dua hari sekali. Lepas guna tuala, sidai supaya kering. Tuala yang lembab dikhuatiri menjadi tempat pembiakan bakteria.

3. Kasut

Kasut sebenarnya mempunyai jangka hayat setahun. Selepas setahun, biasanya bakteria akan mula membiak pada kasut. Jadi, walaupun anda ada banyak koleksi kasut… kena la tukar.