Kita jarang tahu kan yang beberapa barangan kegunaan harian yang biasa kita guna ada tarikh luput. Selagi barang-barang tu tak rosak atau reput, selagi tu la kita guna. Tapi… anda tahu tak barang-barang harian pun ada tarikh luput?. Jom kita check…
1. Bantal
Bantal hanya sesuai digunakan antara setahun hingga tiga tahun je. Jika rupa dan bau bantal anda dah berubah, wajib la anda tukar walaupun baru setahun guna. Tapi jika masih elok, boleh guna hingga tiga tahun. Ini dikhuatiri bantal tu dah jadi tempat pembiakan bakteria.
2. Tuala Mandi
Biasanya tuala boleh digunakan sehingga tiga tahun. Lepas tu kena tukar. Cucilah tuala anda dua hari sekali. Lepas guna tuala, sidai supaya kering. Tuala yang lembab dikhuatiri menjadi tempat pembiakan bakteria.
3. Kasut
Kasut sebenarnya mempunyai jangka hayat setahun. Selepas setahun, biasanya bakteria akan mula membiak pada kasut. Jadi, walaupun anda ada banyak koleksi kasut… kena la tukar.