Jagalah Hati

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Terjemahan Surah Hujuraat, Ayat 12)

Bersihkan hati, jangan kotorkan,
Putihkan hati, jangan hitamkan,

#nasihatdirisendiri
#istighfarselalu

Peluang Rumput

Cuba perhatikan!

Dimana ada secebis tanah walaupun di celah-celah jalan berbatu, pasti ada rumput yang tumbuh. Jadilah seperti rumput yang sentiasa manfaatkan peluang walaupun kecil.

#nasihatdirisendiri
#fikirfikirkan