Bersangka Baik

1447205407180Bersangka baik merupakan sifat yang begitu indah, yang dapat mengeratkan hubungan ukhwah yang terjalin sesama manusia. Tidak semua hamba ALLAH SWT mampu untuk lakukan 100 peratus berbaik sangka. Sekuat mana pun hati kita mampu bersangka baik, ada ketikanya kita akan dan mungkin bersangka buruk. Tak kisahlah sama ada sesama manusia ataupun dengan ALLAH SWT.

Apabila wujud sahaja perasaan bersangka buruk, dengan kadar segera kita perlu beristighfar. Lawan perasaan tersebut. Semoga dengan mudah perasaan itu cepat hilang dan digantikkan dengan perasaaan yang tenang dan lebih baik. Kekuatan hati mampu melahirkan rasa berbaik sangka di dalam pemikiran manusia.

Bersangka buruk tidak mendatangkan faedah bahkan hanya akan membawa kita untuk berfikiran negatif. Manusia yang sentiasa berfikiran negatif, hatinya sentiasa tidak tenang kerana hatinya telah hitam. Manusia yang mempunyai hati yang hitam dan kotor akan menyebabkan dirinya bersifat dengki dan ada sahaja rasa tidak puas hati terhadap orang lain dan secara sengaja atau tidak, berkemungkinan mereka boleh menyampaikan fitnah. Melalui bersangka buruk, bermacam perkara negatif mungkin akan terjadi.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 12;

يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka buruk; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Bersangka baiklah dengan ALLAH SWT dan manusia. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Berbaik sangka selalu adalah cabaran untuk kita kerana bukan mudah dan bukan semua manusia mampu lakukan. Setiap ujian yang mendatang hadapilah dengan tenang. Mereka yang berbaik sangka adalah golongan yang sabar dan positif selalu, in shaa Allah.

Comments

  1. Noraliza Sofia says

    Marilah kita bersangka baik selalu walaupun kadangkala terlalu pahit untuk dilakukan.

  2. Cantiknya blog. Nice….

Speak Your Mind

*