Pemikiran Pelajar Sekarang Terlalu Liberal?

Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera,Pelajar Harapan Negara

Adakah pemikiran pelajar sekarang terlalu liberal? Perlu kita ambil serius kerana penerangan yang sebegitu terperinci mungkin atau sangat diperlukan ketika di dalam kelas. Sebagai contoh cerita ini saya ambil daripada sumber internet.

Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras (arak) kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari tersebut, beliau telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid-murid, lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas. Sila perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.” Si cikgu memohon perhatian.

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?” Tanya cikgu tersebut.

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab, “UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN… MINUMLAH ARAK”. – Inilah kesimpulan yang dibuat pelajar. Terlalu liberal. Adalah perlu kita ambil serius kerana penerangan yang sebegitu terperinci mungkin atau sangat diperlukan ketika dalam pendidikan awal.