??? Dalam kehidupan seharian kkedang kita tidak terlepas dari melakukn dosa2 kecil.Dosa yg mlbatkn kesalhan anggota badan, sperti percakapan dan perbuatan yang tidak sengaja menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah swt masih membuka pintu taubat kepada kita,moga sentusa dlm Redha Allah swt.Jom sama2 kita menjaga Tujuh Sunnah Nabi s.a.w setiap hari yg kita cuba amalkn.Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah seperti betikut??? :
??1. *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
??2. *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah 1 muka setiap hari.
??3 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah s.w.t
?? 4*Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.Yakinlah, kesan solat dhuha sangat mustajab dalam asabab mendatangkan rezeki.
?? 5*Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
?? 6*Keenam*:
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat.
??? 7*Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar moga Allah swt ampunkn dosa2 kita seharian…??amin..
??Minda Du’at us farhan?
1HB.Febuari 2017
Speak Your Mind