Archives for March 2017


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

https://people.utm.my/aisyah/2017/03/27/564/

https://people.utm.my/aisyah/2017/03/02/561/

Akhlak yang baik

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Berakhlak Yang Baik*
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ وَصَفَ حُسْنَ الْخُلُقِ فَقَالَ هُوَ بَسْطُ الْوَجْهِ وَبَذْلُ الْمَعْرُوفِ وَكَفُّ الْأَذَى
_*Dari Abdullah bin Mubarak bahwasanya ia menjelaskan tentang husnul khuluq (akhlak yang baik) seraya berkata, “Berwajah ceria, menebarkan kebaikan dan mencegah keburukan.”*_ (HR Tirmizi No: 1928) Status: Sahih Isnad
*Pengajaran:*
1.  Seorang Muslim sewajarnya memiliki husnul khuluq (akhlak yang baik) dalam setiap tindak laku kita.
2.  Antara ciri akhlak yang baik ialah memiliki:
a.  Wajah yang ceria

b.  Sentiasa menebarkan kebaikan

c.  Mencegah keburukan
3.  Berwajah ceria antaranya sentiasa melemparkan senyuman dan tidak bermasam muka.
4.  Menebarkan kebaikan tanpa mengira makhluk, bangsa, agama mahupun keturunan.
5. Lakukan kebaikan kepada kawan dan lawan kerana ia adalah akhlak yang baik.
6. Cegah keburukan yang ada disekeliling dengan hikmah dan bijaksana selari dengan akhlak muslim.

 

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
01hb Mac  2017

02hb Jamadil Akhir 1438H