Archives for September 2017


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

https://people.utm.my/aisyah/2017/09/08/705/

International Students Dinner


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

https://people.utm.my/aisyah/2017/09/07/699/

Satu cerita

​”TETAMU TAK DIUNDANG”
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, “Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu”.
“Adakah suami awak ada dirumah?”, mereka bertanya.
“Tidak”, wanita itu berkata. “Suami saya telah keluar.”
“Jadi, kami tidak akan masuk”, mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. “Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!”
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
“Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,” mereka menjawap.
“Mengapa begitu?” wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
“Namanya ialah Kekayaan,” Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, ” Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.”
Dia menyambung lagi, “Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.”
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
“Bagusnya!!” dia berkata. “Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!”
Isterinya tidak bersetuju. “Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?”
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
“Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!”
“Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,” kata suami itu kepada isterinya.
“Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita.”
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, “Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami.”
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
“Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?”
Mereka semua menjawab: “Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
…Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!”…
Dicatat oleh IBNU MUSLIM..

Tazkirah


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

Tazkirah


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

Sunat bertakbir Hari Raya Aidil Addha

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sunat Bertakbir 9hb Zulhijjah Hingga 13hb Zulhijjah
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ
Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih
Pengajaran:
1.  Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidul Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar). 
2.  Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah. 
3.  Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. 
4.  Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.
Eloklah kita melaksanakan takbir khususnya selepas solat waktu disepanjang 09hb hingga waktu asar 13hb Zulhijjah.
  

02hb Sept  2017

11hb Zulhijjah 1438H

Tazkirah


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

Upah pelepah daging korban

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا
Dari Ali RA ia berkata; “Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri.” (HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.
2.  Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang. 
3.  Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).
4.  Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)
5.  Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.
6.  Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri. 
7.  Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.
Oleh itu marilah kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

  

28hb Ogos  2017

06hb Zulhijjah 1438H

Puasa Sunat Arafah

​PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Puasa Sunat Arafah
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ … أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة
Dari Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ” Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” Para ulama mensunnahkan puasa ‘Arafah kecuali jika berada di ‘Arafah. (HR Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji
2.  Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas
3.  Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah seperti berpuasa selama dua tahun.
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة
Dari Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa ‘arafah seperti puasa dua tahun dan puasa ‘asyura` sama seperti puasa setahun. (HR Ahmad No: 21568) 
4.  Rasulullah dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji. 
سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر
Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di ‘Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa ‘Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama ‘Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih
Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji, ikutilah sunnah ini dengan tidak melaksanakan puasa sunat di hari Arafah, namun tidak menjadi halangan untuk tetap mengerjakannya.  
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

  

30hb Ogos  2017

08hb Zulhijjah 1438H