Archives for July 17, 2019

Majlis Citra Karisma

Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Bersifat Jujur dan Jauhi Dusta*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الْعَبْدُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

_*Daripada Abdullah bin Mas’ud RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian bersikap jujur, kerana kejujuran itu akan membawa pada kebaikan, sedangkan kebaikan akan membawa kepada syurga. Tidaklah seorang bersikap jujur dan selalu berbuat jujur hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hendaklah kalian menjauhi sikap dusta, kerana kedustaan itu akan membawa pada kekejian, sedangkan kekejian akan membawa kepada neraka. Dan tidaklah seorang berbuat dusta dan selalu berdusta hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”*_ (HR Tirmizi No: 1894) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Berlaku jujurlah kerana sifat jujur membawa kebaikan dan setiap kebaikan membawa ke syurga

2. Orang yang sentiasa bersikap jujur nescaya jujur itu akan menjadi tabiat dan akhlaknya.

3. Setiap kita perlu menjauhi sikap dusta dan bohong. Pendustaan dan pembohongan merupakan perbuatan dosa dan maksiat akan membawa kepada neraka.

4. Orang yang selalu berdusta, nescaya sifat berdusta dan berbohong itu akan menjadi kebiasaan dan akhlaknya.

*Jadilah kita seorang yang membiasakan sifat jujur dalam kehidupan. Jangan sekali-kali kita membiasakan perbuatan berdusta kerana dibimbangi Allah menetapkan sifat itu kekal dan menjadi kebiasaan kita.*

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan

#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

17hb Julai 2019

14hb Zulkaedah 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:

https://t.me/ahadithadayAHAD