Perintah Kawalan Pergerakan – Covid19

BERSENDIRIAN

Sepanjang masa kita disibukkan dengan pelbagai  jenis manusia di luar rumah. Pelbagai urusan yang perlu dilakukan dilakukan di luar rumah seperti bekerja, berniaga, berdakwah, bermasyarakat dan seumpamanya.

Malah, ada manusia yang waktunya di luar rumah adalah lebih banyak daripada waktunya di rumah.

Ibrah dari Masruq bin Al-Ajda’ rahimahullah seorang tabi’i (generasi selepas sahabat Nabi shallallahu alaihi wa sallam).

Beliau merupakan antara orang alim di Kufah. Malah, beliau merupakan seorang mufti di sana.

Suatu ketika, berlaku wabak TAUN di KUFAH. Maka, Masruq rahimahullah duduk TINGGAL di RUMAHNYA pada masa itu sehingga ada orang mengatakan bahawa dia melarikan diri daripada wabak taun.

Beberapa orang datang kepada isterinya untuk  bertanya sebab Masruq rahimahullah melazimi RUMAHNYA.

Isterinya berkata, ” Demi Allah, Masruq tidak melarikan dari tetapi beliau berkata,

أيامُ تشاغُلٍ فأُحِبُّ أن أخلو للعبادةِ

“Hari-hari yang menyibukkan. Oleh sebab itu, aku ingin BERSENDIRIAN untuk BERIBADAH” .

Dia berada di suatu sudut (di rumahnya) untuk beribadah sehingga isterinya berkata,

فربما جلستُ خلفَه أبكي مما أراهُ يصنعُ بنفسه وكان يصلي حتى تتورمُ قدماه

“Kadang-kadang aku duduk di belakang Masruq dan aku menangis kerana melihat apa yang dilakukan olehnya. Masruq berdiri menunaikan SOLAT sehingga  kedua-dua belah KAKINYA BENGKAK.” [Lihat: Tobaqat Ibnu Sa’ad 8/202]

Ambillah peluang ini untuk memperbanyakkan ibadat sunat kepada Allah ta’ala.

Lebih-lebih lagi, ketika musibah wabak yang menimpa manusia.

Dekatkan diri kepada Allah ta’ala. Jauhkan diri dari maksiat.

Jika selepas tempoh ini, kita selamat, maka kita telah menambahkan pahala dan ibadat.

Jika tidak, maka mudah-mudahan kita telah sempat untuk bertaubat.

لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّی كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

Sesungguhnya tiada Tuhan berhak disembah melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri sendiri.

#sekadar perkongsian

Speak Your Mind

*