Majlis Amanat Tahun Baharu TNCPI UTM
Menyahut cabaran melestarikan pendidikan tinggi
Sempena perutusan tahun baharu 2016 oleh Datuk NC UTM, selaku warga UTM perlu mempunyai mind setting bukan sekadar pekerja biasa tetapi sebagai insan yang mempunyai misi perjuangan yang ikhlas dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Empat perkara asas sebagai pegangan ialah 4S:
- Sense of mission
- Struggle
- Sacrifice
- Sincerity
Melalui prinsip ini kita yakin dapat melestari pendidikan tinggi ke arah keberhasilan berimpak tinggi. Namun, pihak atasan perlu menyedia atmosfera yang kondusif kepada semua staf agar staf berasa gembira dan bahagia dalam segala pekerjaan. Antaranya…pihak universiti perlu menjaga kebajikan staf dan juga memberikan ruang pembangunan kerjaya yang lebih telus secara praktisnya bukan setakat manis di bibir sebagaimana yg sering dilaung-laungkan…
Tingkatkan Azam…2016
Renungan untuk menetapkan azam dalam diri seiring dengan peningkatan usia…ayat dibawah merupakan sandaran utama sebagai paksi kepada penetapan matlamat dan sasaran dalam hidup di dunia menuju ke jalan akhirat.
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Hasyr 59:18)
Ayat di atas menegaskan bahawa keazaman kita sewajarnya meletakkan diri kita sebagai umat yang terbaik dan bijak.
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi)
Masa terlalu pantas berlalu,,,muhasabah apa yang telah kita lakukan pada tahun lepas. Ada yang berjaya dicapai dan mungkin ada juga yang masih belum terlaksana. Namun jangan berputus asa…berusaha lagi.
Hello world!
Welcome to [your site name]. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!



