Surah An Nisa

Be authentic

How to make money?

Leaders characteristics

Entrepreneur Profiles

Qualities of an Entrepreneur

With Tan Sri Datuk Prof DrRafiah Salim, pemegang kursi Kepimpinan Wanita Pusat KepimpinannWanita Tun Fatinah Hashim UKM

Program Kepimpinan Wanita IPT Malaysia

Perkongsian Hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Perkara Haram Dan Dilarang*

عَنْ وَرَّادٍ قَالَ كَتَبَ الْمُغِيرَةُ إِلَى مُعَاوِيَةَ سَلَامٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ ثَلَاثًا وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ حَرَّمَ عُقُوقَ الْوَالِدِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَلَا وَهَاتِ وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ

_*Dari Warrad dia berkata, “Mughirah pernah berkirim surat kepada Mu’wiyah, “Semoga engkau mendapat keselamatan. Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tiga perkara dan melarang dari tiga perkara; Allah mengharamkan durhaka terhadap orang tua, menanam anak perempuan hidup-hidup dan tidak mahu memberi (infaq). Dan Allah melarang dari tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.”*_ (HR Muslim No: 3239) Satus: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah mengharamkan kepada setiap Muslim perbuatan;

a. Durhaka kepada orang tua

b. Menanam anak perempuan hidup-hidup

c. Tidak mahu memberi (infaq) – perbuatan kedekut dan bakhil.

2. Allah melarang kepada setiap Muslim:

a. Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (bercerita, forward, berkongsi sesuatu yang tidak jelas atau tiada dalil) kepada orang lain termasuk di group whatsapp, telegram mahupun FB

b. Banyak bertanya sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dan menyusahkan

c. Menyia-nyiakan harta (membazir atau menggunakan ditempat yang tidak mendatangkan manfaat pahala).

*Berusahalah kita menjauhi bersungguh-sungguh sesuatu yang diharamkan Allah mengelakkan dari terlibat dengan perkara yang dilarang Allah untuk mendapat keselamatan dan keredaan-Nya.*

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

09hb Oktober 2018
29hb Muharam 1440

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Knowledge Sharing with Prof Dr Rosman Mohd Yusof, The Dean of General Studies UTHM and mantan lecturer of UTM