- PENGENALAN KEPADA UKUR KEJURUTERAAN. HAPPY WATCHING!!!
SUMBANGAN BENCANA BANJIR
Sumbangan Bencana Banjir daripada Seksyen Hal Ehwal Korporat.Terima kasih team yang berganding bahu membuat persiapan untuk agihan sumbangan bencana banjir kepada pusat pengumpulan bantuan di Pusat Islam UTM
PERKHIDMATAN BANGUNAN:PERPAIPAN
Alhamdulillah semester 1 tahun 2021/2022 telah pun berada di penghujung semester. Kali ini saya diamanahkan untuk mengendalikan 2 seksyen bagi kursus yang mempunyai 15 dan 17 orang pelajar.
Setiap Seksyen diberikan tempoh 5 minggu bagi tujuan kerja-kerja amali dan selebihnya adalah berbentuk teori yang dijalankan secara atas talian. sebanyak 5 projek telah berjaya disiapkan oleh pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.
Tahniah kepada semua pelajar!!!
Webinar Series with UTeM
Thank you UTeM for inviting me to this seminar and giving me opportunity to talk about Lives well being and business venture in the new normal.
To the student,
Start where you are.
Use what you have.
Do what you can??
PROGRAM TERAPI DAN INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK
Alhamdulillah, bertarikh 28 Ogos 2021, MindCare Centre telah berjaya menganjurkan siri pertama program latihan kepada 30 buah keluarga yang terpilih di bawah tajaan Program CSR MTDC.
Program ini sebenarnya program kedua yang MindCare telah anjurkan bagi bulan September bagi membantu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.
Dalam program ini, ibu bapa diberi pendedahkan tentang perkembangan anak dimana ibu bapa seharusnya tahu peringkat-peringkat perkembangan anak dan apakah kemahiran-kemahiran yang mereka perlu capai mengikut tahap usia. Selain itu juga, ibu bapa juga diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal pasti samaada anak-anak mereka mempunyai risiko Autism atau tidak.
Bagi siri 2 pula, Inshaallah ibu bapa akan diberi pendedahan dengan apakah tindakan yang ibu bapa perlu lakukan sebaik sahaja melihat terdapat kelainan dalam perkembangan anak dan apakah intervensi atau terapi yang sesuai untuk membantu anak-anak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya.
Selain itu, program ini juga akan berkongsi aktiviti-aktivit terapi/intervensi yang ibu bapa boleh lakukan di rumah bagi membantu meransang perkembangan mereka.
Sepanjang program ini berjalan, alhamdulillah kebanyakan respon ibu bapa dengan mengikuti program ini, baru mereka sedar dan tahu bagaimana untuk melihat kelainan yang terdapat pada anak.
Tujuan kami mengadakan program ini sebenarnya sejak pandemik COVID-19 ini, kami banyak dihujani dan menerima permintaan daripada ibu bapa bagaimanakah mereka boleh membantu anak-anak mereka di rumah dengan aktiviti yang bersesuaian memandangkan mereka tidak dibenarkan ke sekolah atau pusat terapi. Ramai juga dalam kalangan ibu bapa kadang-kadang terpaksa memberhentikan anak-anak dalam program terapi yang telah diikuti kerana telah diberhentikan kerja dan sebagainya. Jadi diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringkan beban ibu bapa dan memang harapan di pihak kami bahawa ibu bapa boleh menjadi TERAPIS di rumah. Kami ingin memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak dengan buat aktiviti-aktiviti terapi di rumah. Ibu bapa perlu memberikan komitmen dan bekerjasama dengan terapis dalam memastikan sesi intervensi dan terapi menunjukkan kesan positif dengan lebih baik dan berkesan.
Saya rasa sangat bersyukur dengan kerjasama yang diberikan oleh MTDC di atas penajaan program dan diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Terima kasih semua!
UTMALUMNI NEWS VOLUME 14 JULY-AUGUST 2021
Herewith is the UTMAlumni News Volume 14 for July-August 2021 edition.
UTMALUMNI NEWS:
https://www.flipbookpdf.net/web/site/20698dbd792ef92fc60a8751be176e7ce9da0239202107.pdf.html
Lastly, do not forget to follow us on social media platform to get update about UTMAlumni programs and activities.
Facebook Page: https://www.facebook.com/UTMalumniunit
Telegram: https://t.me/alumniutmofficial
Instagram: https://www.instagram.com/utmalumniunit/
Have a nice day!
TVETUTM
Salam and Greetings!
Do you have any intention to further your postgraduate study (Masters and Ph.D Program) in TVET? School of Education, Faculty of Social Sciences and Humanities UTM may have the answers. We build research networks and establish university-industry research projects. Meet your future supervisor . I’m happy to assist
Visit our FB Page https://www.facebook.com/PostgraduateTVETUTM to obtain more information about our TVET Programs.
BASIC INVENTION: PREPARATION ON PITCH DECK PRESENTATION
Assalammualaikum wbt and greetings…
This week, we had discussed about pitch deck preparation on how student want to prepare their slide together with video presentation. this is the recorded session from the online class today. Hopefully, at the in of the class, students are able to prepare their pitching deck presentation and develop a very attractive video. this skills is very important in enhancing their communication skills in delivering their project or idea to the potential funder or investor.
All the best student!!
HOW TO DEVELOP PITCHING VIDEO
Assalammualaikum wbt and Greetings,
Hari ini saya nak sharekan beberapa contoh video pembangunan untuk tujuan Pitching. Berikut merupakan beberapa pautan link video-video yang telah saya bangunkan bagi tujuan untuk mempersembahkan produk-produk yang dibangunkan bagi tujuan untuk mendapatkan dana-dana yang bersesuaian.
semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua!!
Stay SAFE everyone!!!
PROGRAM INFAQ REZEKI
Terima kasih PPIM dan DPMM yang sudi berkolaborasi dengan Unit UTMAlumni dan MindCare Centre Team untuk bersama-sama mengagihkan bantuan makanan bersempena dengan program Infaq Rezeki.
Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga. Ada salah seorang penerima baru sahaja kematian suami semalam akibat daripada kemalangan jalan raya. Begitu juga ada 3 orang beradik yang telah kematian ibu bapa akibat kemalangan yang kini dibesarkan oleh nenek mereka.
Besar sungguh dugaan mereka.
Doakan rezeki saya murah untuk bantu mereka-mereka ini.
Boleh tonton video di bawah untuk PROGRAM INFAQ REZEKI kami:
https://www.facebook.com/100000148967371/videos/4736982869649965/