PROGRAM TERAPI DAN INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK

Alhamdulillah, bertarikh 28 Ogos 2021, MindCare Centre telah berjaya menganjurkan siri pertama program latihan kepada 30 buah keluarga yang terpilih di bawah tajaan Program CSR MTDC.

Program ini sebenarnya program kedua yang MindCare telah anjurkan bagi bulan September bagi membantu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

Dalam program ini, ibu bapa diberi pendedahkan tentang perkembangan anak dimana ibu bapa seharusnya tahu peringkat-peringkat perkembangan anak dan apakah kemahiran-kemahiran yang mereka perlu capai mengikut tahap usia. Selain itu juga, ibu bapa juga diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal pasti samaada anak-anak mereka mempunyai risiko Autism atau tidak.

Bagi siri 2 pula, Inshaallah ibu bapa akan diberi pendedahan dengan apakah tindakan yang ibu bapa perlu lakukan sebaik sahaja melihat terdapat kelainan dalam perkembangan anak dan apakah intervensi atau terapi yang sesuai untuk membantu anak-anak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya.

Selain itu, program ini juga akan berkongsi aktiviti-aktivit terapi/intervensi yang ibu bapa boleh lakukan di rumah bagi membantu meransang perkembangan mereka.

Sepanjang program ini berjalan, alhamdulillah kebanyakan respon ibu bapa dengan mengikuti program ini, baru mereka sedar dan tahu bagaimana untuk melihat kelainan yang terdapat pada anak.

Tujuan kami mengadakan program ini sebenarnya sejak pandemik COVID-19 ini, kami banyak dihujani dan menerima permintaan daripada ibu bapa bagaimanakah mereka boleh membantu anak-anak mereka di rumah dengan aktiviti yang bersesuaian memandangkan mereka tidak dibenarkan ke sekolah atau pusat terapi. Ramai juga dalam kalangan ibu bapa kadang-kadang terpaksa memberhentikan anak-anak dalam program terapi yang telah diikuti kerana telah diberhentikan kerja dan sebagainya. Jadi diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringkan beban ibu bapa dan memang harapan di pihak kami bahawa ibu bapa boleh menjadi TERAPIS di rumah. Kami ingin memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak dengan buat aktiviti-aktiviti terapi di rumah. Ibu bapa perlu memberikan komitmen dan bekerjasama dengan terapis dalam memastikan sesi intervensi dan terapi menunjukkan kesan positif dengan lebih baik dan berkesan.

Saya rasa sangat bersyukur dengan kerjasama yang diberikan oleh MTDC di atas penajaan program dan diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Terima kasih semua!