MENGUKIR SENYUMAN (ADIK AQEEL)

Penerima Program Penajaan Terapi di MindCare Centre

Sejak Disember 2020, team Mindcare telah menerima lebih kurang 70 permohonan penajaan terapi daripada ibu bapa. Kami sedaya upaya mencari jalan semampu yang boleh membantu menunaikan permohonan ini. Pada tahun 2020, kami mampu menaja 2 buah keluarga dan kami cuba meneruskan inisiatif tajaan pada tahun ini.

Pada tahun 2021, kami telah memilih keluarga Adik Aqeel. Adik Aqeel telah disahkan mengalami masalah Angelman Syndrome sejak berusia 9 bulan. Beliau memerlukan perkhidmatan terapi Carakerja dan terapi Pertuturan.

Kami berkesempatan menyantuni keluarga adik Aqeel di rumah mereka. Ketika saya sampai di rumah beliau, kebetulan mereka sedang membersihkan rumah akibat kesan daripada banjir yang melanda.

Melihat wajah ibu bapa adik Aqeel yang begitu tabah melayan kerenah beliau menimbulkan rasa kagum kepada saya. Adik Aqeel anak syurga yang istimewa, senyuman yang terukir menyimpan seribu satu rahsia, beliau tidak diminta dilahirkan begitu, begitu juga kedua ibu bapanya. Pemberian Allah yang cukup indah untuk keluarga mereka.

Saya hanya mampu membantu apa yang termampu dengan harapan dapat mengurangkan beban keluarga adik Aqeel.

Dan, untuk adik Aqeel, dengan pemberian kecil ini, semoga adik Aqeel dapat meningkatkan keupayaan beliau untuk menjadi lebih baik

Dr. D
Februari 2021