Salam semua..
Ada yang tanya saya kenapa setiap poster saya ada logo ni. Apa maksudnya?
Logo ni salah satu branding strategy yang saya gunakan.
Maksud logo ni simple sahaja. Logo ini bermaksud “Dr. D” iaitu ringkasan kepada panggilan saya. Jadi, nanti kalau nampak logo ni, ingat saya tau.
Mostly, poster-poster saya ada yang designer buat, pelajar intern dalam bidang grafik buat dan kadang-kadang saya buat sendiri Saya juga ada support team yang akan bantu untuk update Soc-Med saya dan lain-lain. Jadi jangan tanya saya macam mana saya sempat nak buat poster, nak update semua info dll., sebab kalau saya sendiri memang tak sempat
Thank you juga pada team Saffront Media & Production yang banyak consult + guide team kami untuk branding and marketing. Alhamdulillah marketing and branding kami semakin consistent dan secara tak langsung membina reputasi syarikat kami.
Thank you kepada designer saya yang buat logo ni. Beliau kata dapat ilham logo ini berdasarkan personaliti saya.
Ok, nak masuk shift malam tolong En. Suami buat tauhu begedil. Esok kita ada 5 sekolah yang order. Alhamdulillah rezeki