BASIC INVENTION CLASS

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi kuliah untuk semester 2 20202021.. Semester ini saya dipertanggungjawab untuk mengajar 2 kursus iaitu kursu Asas Rekacipta dan Kursu Perkhidmatan Bangunan: Perpaipan.

Minggu ini merupakan sesi suai kenal bersama pelajar disamping menerangkan Course Information kepada para pelajar sbg pengenalan untuk apa yang akan dipelajari sepanjang semester ini.

minggu pertama ini saya berkongsi kepada pelajar berkaitan dengan 17 Sustainable Development Goals (SDGs)

LAWATAN YAYASAN ZARITH SOFIAH KE MINDCARE CENTRE

Structured Special Education Service Program for Lower Income (B40) and Suburban Community

Alhamdulillah hari ini team MindCare Centre sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bersama CCIN UTM untuk membincangkan cadangan-cadangan usahasama pada masa akan datang yang dapat memberi manfaat kepada komuniti berkeperluan khas. Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ dan pegawai-pegawai YRZSNJ bersama-sama PM. Dr. Johari Surif iaitu Pengarah CCIN UTM dan Cik Rohaizan Khairul Anuar Pegawai Tadbir CCIN.Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama menjalankan program keberkesanan intervensi pada peringkat awal dan juga beberapa inovasi baru di dalam bidang penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas dan penyediaan fasiliti yang terbaik kepada komuniti bekeperluan khas. Inshaallah kami di MindCare Centre sangat komited dalam membantu masyarakat terutama komuniti bekeperluan khas dalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

#mindcare#mindcarecentre#autism#autismawareness#disability#downsyndrome

#specialeducation#adhd#inclusion#autismmom#EIP#earlyinterventionprogram

#earlyinterventionprogramjohor#programintervensiawal#juruterapicarakerja

#juruterapipertuturan#OT#ST#earlychildhoodeducation#specialneeds