MENGUKIR SENYUMAN (ADIK TAJUL)

Mengukir Senyuman Adik Tajul

Adik Tajul menghidap Sindrom Angelman.
Jika dahulu Adik Tajul masih lagi boleh berjalan seperti kanak-kanak lain tetapi kini beliau terpaksa berjalan menggunakan lutut akibat kaki tidak boleh berfungsi lagi.

Adik Tajul juga memerlukan bantuan kerusi roda khas kerana kerusi sedia ada tidak dapat menampung saiz adik Tajul.

Kali pertama kami menghubungi ibu Tajul, menangis terharu ibunya menceritakan kisah adik Tajul.

Untuk Adik Tajul, kami telah memberikan perkhidmatan terapi di rumah kepada beliau.

Menjaga anak istimewa ini tidak sama menjaga anak yang sempurna.
Ianya menuntut kesabaran yang tinggi.
” Sabar dalam diri ibu bapa bagaikan air di tapak tangan,
jangan sampai ia berderai
jangan sampai ia kering. “

Semoga sumbangan yang diberikan ini mampu mengukir senyuman Adik Tajul.