MENGUKIR SENYUMAN (ADIK ZIQRI)

https://www.facebook.com/100000148967371/videos/4551582698189984/

Adik Ziqri Hazim berusia 7 tahun. Beliau telah didiagnosis Autism dan juga menghadapi masalah pertuturan. Sehingga kini, adik Ziqri masih tidak mampu bertutur dengan baik.

Alhamdulillah, Projek CSR MindCare kali ini telah memilih adik Ziqri sebagai penerima penajaan terapi pertuturan yang ditawarkan oleh MindCare Centre. Besar harapan ibu adik Ziqri ini agar dapat mendengar adik Ziqri bertutur dengan baik dan mampu berkomunikasi dengan mereka sekeluarga. Riak wajah seorang ibu yang mengharapkan keajaiban besar untuk anaknya memberi inspirasi kepada kami untuk membantu adik Ziqri.

Kali pertama kami hubungi ibunya untuk memaklumkan anak beliau menerima program penajaan daripada kami, ibunya seakan terkejut kerana tidak menyangka anaknya akan menerima penajaan terapi pertuturan. Kanak-kanak istimewa seperti mereka seharusnya dibantu dan diberikan intervensi seawal mungkin supaya mereka juga boleh membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Dengan bantuan yang diberikan ini, kami berharap adik Ziqri boleh menunjukkan perubahan positif demi kelangsungan hidupnya di masa akan datang.

Adik Ziqri, semoga bantuan kecil ini mampu mendengar tiap tutur katamu petah dan riang berbicara bersama keluarga tersayang.

Dr. D
Founder MindCare