PERKHIDMATAN BANGUNAN: KAEDAH PENGAGIHAN AIR, SISTEM BEKALAN AIR DAN TANGKI SIMPANAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini telah memasuki minggu ke-5 kuliah bagi semester ini. Minggu ini bagi kelas Perkhidmatan bangunan, saya telah berkongsi dengan pelajar untuk 3 topik teori iaitu berkaitan dengan kaedah pengagihan air, sistem bekalan air dan tangki simpanan.

bagi topik kaedah pengagihan air, pelajar telah diterangkan dengan bagaimana sumber air daripada bekalan air utama dibekalkan ke kawasan perumahan, kawasan bandar dan industri. bagaimana sistem perpaipan untuk membekalkan air juga turut diterangkan.

kemudian pelajar juga diterangkan bagaimana air dari meter utama dibekalkan kerumah. pelajar juga didedahkan dengan jenis2 paip mengikut fungsi untuk mengagihkan air. Dan akhir sekali pelajar juga diajar tentang jenis-jenis tangki simpanan air.

diharapkan ketiga-tiga topik ini dapat membantu pelajar untuk mendapat pengetahuan dan visual sebenar sistem perpaipan dan pengagihan air.