Terdapat 4 tips bagi Ergonomik semasa bekerja dari rumah:
- Gunakan meja dan kerusi untuk bekerja: Gunakan kerusi dan meja yang selesa dan elakkan untuk membuat kerja atas katil.
- Kerap Menukar Postur Anda: Kerap bangun dan berjalan, duduk terlalu lama boleh menyebabkan leher dan bahu anda terasa sakit.
- Sokong Bahagian Belakang Anda: Sokong bahagian belakang anda menggunakan bantal, kusyen, tuala gulung untuk mengurangkan ketegangan otot.
- Gunakan papan Kekunci dan Tetikus: Gunakan papan kekunci dan tetikus yang berasingan dengan komputer riba agar lebih selesa ketika membuat kerja.