BMW F30 3 SERIES

 

C&P dari RTechnik Sdn Bhd

FAKTA PENJAGAAN BMW F30

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan BMW F30. Tidak perlu diperkenalkan lagi, sangat banyak di atas jalan dan sangat-sangat popular.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

– Dilahirkan pada tahun 2011
– Mempunyai 4 jenis body style iaitu Sedan(F30), Wagon(F31), Gran Turismo(F34), Long Wheelbase Sedan(F35)
– Direka oleh Mr. Christopher Weil & Mr. Micheal de Bono.
– Produksi untuk kenderaan ini masih belum tamat.
– Siatem Transmisi ini dilengkapi dengan sistem ZF 8-speed Transmission. 8 kelajuan beb !

Segmen Bonus

Dalam segmen ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang model dan enjin yang digunakan pada model tersebut. Model yang saya highlight tidak merangkumi keseluruhan model produksi, hanya yang berada di pasaran Malaysia sahaja.

?BMW 316i (2012-2015)
Kenderaan ini menggunakan enjin yang dikenali sebagai Prince Engine berkod N13B16. CC kenderaan ini adalah sebesar 1,598cc(1.6L). Kenapa ianya dipanggil Prince Engine ? Ianya merupakan kerjasama di antara PSA Peugeot Citroen dan BMW. Enjin Prince ini dikenali dengan kod N12,N13,N14,N16 dan N18. Jadi, pendek kata enjin-enjin dengan kod tertera digunakan oleh BMW, Mini, Peugeot dan juga Citroen. Bagi model kenderaan ini (BMW 316i), kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 134hp dan Torque sebanyak 220Nm, redline pada 6,500rpm. Unit turbo pada kenderaan ini menggunakan model Garrett MGT1549ZDL. Kerjasama di antara PSA Peugeot Citroen dan BMW bagi pembangunan Prince Engine ini berakhir pada 2015. (2006-2016)

?BMW 320i
Kenderaan ini menggunakan enjin berkod N20B20 bagi produksi 2012-2015 dan menerima enjin baru berkod B48B20A bagi produksi 2015 keatas. Sesaran enjin adalah 1,997cc(2.0L). Kuasa yang dapat dihamburkan oleh kedua-dua enjin adalah sama iaitu 184hp dan Torque sebanyak 270-290Nm, redline pada 7,000rpm. Bagi enjin N20B20, unit turbo yang digunakan adalah dari model Mitsubishi TD04LR6-04HR.15TK31-60T. Haha, TD04, geng geng Mitsu mesti senyum baca ni ✌️

?BMW 320d
Ini merupakan model diesel. Enjin yang digunakan berkod N47D20 bagi model 2011-2015 dan B47D20 bagi model 2015 keatas. Kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 188hp dan Torque sebanyak 400Nm.

?BMW 328i
Haa, model ni cukup popular. Model ini menerima enjin berkod N20B20. Sama seperti model 320i TETAPI versi lain. Kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 241hp dan Torque sebanyak 350Nm, redline pada 7,000rpm. Jauh beza ! Model 328i ini produksinya bermula pada tahun 2011 dan ditamatkan pada tahun 2015.

?BMW 330i dan BMW 330e
Kedua-dua model ini dikeluarkan pada tahun 2015. Ianya menerima enjin B48B20B bagi model 330i yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 248hp dan Torque sebanyak 350Nm. Bagi model 330e pula, ianya menerima enjin B48B20 dengan motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 248hp dan Torque sebanyak 420Nm. Lagi kuat !

?BMW 335i
Bagi model ni, ianya menggunakan enjin ‘lama’. Lama macam mana tu ? Enjin dengan kod N55B30M0 yang mampu menghamburkan 302hp dan Torque sebanyak 400Nm, redline pada 7,000rpm. Enjin ini bersesaran 2,979cc(3.0L). Enjin ini juga digunakan pada model E90/E92 335i. Unit turbo yang digunakan pada enjin ini adalah dari model Borg Warner B03 Twin Scroll. Model ni power beb ?.

?BMW 340i
Okay, ini yang terakhir, model ini dikeluarkan pada tahun 2015. Model ini menerima enjin berkod B58B30 yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 322hp dan Torque sebanyak 450Nm. Okay, model ni paling power lah sebelum M3.

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

?SERVIS

?Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 4.25-6.5Liter. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalam lingkungan RM300-RM700.

?Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini menggunakan model ZF 8HP45,8HP50 dan 8HP70. Ianya merupakan sistem transmisi automatik konvensional. Kit servis bagi sistem ini merangkumi :-
ATF
Transmission Pan(strainer include)
Transmission Bolt Set
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM1,500-RM2,300

?COMMON WEAR & TEAR PARTS

Kalau dah namanya kereta, apa jenama lun tetap akan ada wear & tear parts. Jadi, bila dah dinamakan wear & tear parts tu. Ianya akan rosak/habis. Lambat atau cepat je.

Baiklah, kita mulakan.

?Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM550-RM950. Bagi Model 340i, kosnya dalam lingkungan RM950-RM1,800

?Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM400-RM700 dan RM700-1,200 bagi model 340i

?Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM2,600-RM4,500 bagi keempat-empat unit brake rotor.

?Air Filter & Aircond Filter
Ini adalah part yang biasa ditukar ketuka servis, harga dalam lingkungan RM150 untuk Air Filter dan RM360 untuk Aircond Filter.

?Tayar
Macam biasa, pergi usha sendiri.

?Belt & Tensioner
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM180-RM300. Manakala, unit belt tensioner pula menelan kos dalam lingkungan RM980-RM1,300

?Spark Plug
Bagi model enjin 4 silinder, ada 4 biji spark plug. Bagi model 6 silinder, ada 6 biji spark plug. Jadi harganya lain-lain. Bagi model 4 silinder, harga dalam lingkungan RM580-RM780 manakala untuk model 6 silinder kosnya dalam lingkungan RM630-RM1,000.

?Ignition Coil
Masalah coil ni agak biasa bagi model BMW. Kosnya dalam lingkungan RM160-RM350 bagi satu unit coil.

?Aircond Compressor
Jarang rosak, tapi kalau kena, menangis juga, berhuhu juga. Kosnya dalam lingkungan RM9,200-RM10,500

?Alternator
Sama juga, jarang kena. Tapi boleh kena. Kosnya dalam lingkungan RM4,500-RM7,000

?Valve Cover Seal
Memang dari dulu lagi BMW bermasalah dengan Valve Cover Seal ni. Biasanya memang oil leak lah di kawasan ini. Kosnya dalam lingkungan RM250-RM550

?Absorber
Part ni, semua kenderaan akan mengalami masalah pada absorber jika sudah sampai masanya. Kos bagi menukar unit absorber ini dalam lingkungan RM2,400 sebatang.

?Waterpump & Thermostat Kit
Electric waterpump ni kita tak jangka bila dia akan rosak. Bila dia nak rosak, dia akan rosak tanpa memberikan sebarang amaran. Kosnya adalah dalam lingkungan RM2,600-RM3,800.

?Oil Pump
Enjin model N,B dan S dalam keluarga BMW ni agak selalu juga kena masalah oil pressure too low. Jika terkena masalah ini jangan paksa enjin anda lagi ye. Kalau tidak, berhuhu lah jawabnya. Kosnya adalah dalam lingkungan RM3,400-RM5,000.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian. Kesimpulannya, tiada masalah untuk memiliki apa pun kenderaan asalakn Datuk/Datin,Tuan/Puan tahu akan “average” kos untuk menjaganya”

Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.

Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua. Tiada bayaran dikenakan untuk khidmat nasihat

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Pengurus
RTechnik Sdn Bhd
012-7879593