NAK MAINTAIN VOLKSWAGEN GOLF MK6 1.4 TSI?

C&P RTechnik Sdn Bhd

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan Volkswagen Golf MK6 1.4 TSI. Subjek ini agak kontroversi memandangkan jumlah model kenderaan ini di atas jalanraya di Malaysia ini agak banyak.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

– Dilahirkan pada tahun 2008
– Mempunyai enjin bersesaran 1,390cc dengan kod CAVD bagi pasaran Malaysia.
– Direka oleh Mr. Walter de’Silva dan menggunakan platform PQ35.
– Produksi untuk kenderaan ini bermula dari tahun 2008 dan ditamatkan pengeluarannya pasa tahun 2012.
– Model Ini juga dikenali dengan kod 5K
– Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi klac berkembar 7 kelajuan(7-Speed DSG) berkod 0AM.

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

SERVIS

Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 3.6 Liter. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalah lingkungan RM350-RM450.

Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini terbahagi kepada dua. Dimana ianya merangkumi penukaran minyak unit Mechatronic dan juga minyak gear itu sendiri. Kapasiti minyak unit Mechatronic yang digunakan ialah 1 Liter dan minyak gear pula adalah 1.7Liter. Kosnya pula adalah dalam lingkungan RM350-RM450.

COMMON WEAR & TEAR PARTS

Bila cerita bab ni, fuhh. Tak terungkap. Kalau tak, takkan lah value nya boleh drop sebegini rupa ???.

Baiklah, kita mulakan.

Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM280-RM650

Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM210-RM600

Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM600-RM1200 bagi keempat-empat unit brake rotor.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VOLKSWAGEN SCIROCCO

Clutch
Unit transmisi kenderaan ini berkod 0AM yang membawa maksud 7-Speed DSG Dry Clutch. Clutch merupakan alat yang menghubungkan kuasa dari enjin lalu ke gearbox. Tanpanya tak bergeraklah kenderaan anda. Unit clutch adalah satu benda yang akan habis walau macam mana anda memandu dengan cermat sekalipun. Jadi, bagi pengguna kenderaan ini, ingat, clutch akan tetap habis dan perlu ditukar bila sampai waktunya. Kos untuk menukar unit clutch ini dalam lingkungan RM3,900-RM4,500.

Mechatronic
Dengar je perkataan ni, meremang bulu-bulu pengguna VW. Haha. Sama macam unit clutch, akan kena juga. Sooner or later only. Hal ini terjadi kerana apabila sampai waktunya, filter didalam unit mechatronic ini akan tersumbat/clogged dimana minyak hidraulik tidak dapat melaluinya. Jadi, apabila perkara ini berlaku, solenoid pada unit mechatronic tidak mampu menggerakkan gear selector dan boom. Ur car can’t move. Pernah beberapa kali terjadi unit mechatronic meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi didalam sistem bila filter tersumbat. Jadi, kepada para mekanik, pakai PPE yang sepatutnya bila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Kos untuk menukar unit mechatronic ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 bagi unit recond. RM7,000-9,000 bagi unit baru(genuine).

Tayar
Hahaha, banyak dan pakai sportrim susah aku nak agak. Alah, mcm tak biasa pula korang. Aku mana pernah bagi harga tayar. Bab ni pergi usha sendiri

Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM170

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.

Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua. Tiada bayaran dikenakan untuk khidmat nasihat

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Pengurus
RTechnik Sdn Bhd
012-7879593