Pindah ke Malaysia-Japan International Institute Technology (MJIIT) UTM KL

Assalamulaikum,

Selepas 18 Tahun di UTM Johor sebagai pensyarah di Sekolah Kejuruteraan Awam (2001 – 2019) dan 4 Tahun sebagai pelajar Undergraduate (199-1999) akhirnya saya tinggalkan UTM Skudai Johor. Saya dapat berpindah ke UTM KL di bawah fakulti Malaysia-Japan International Institute Technology.
Seronok sebab akhirnya dapat kembali bersama dengan keluarga selepas 5 tahun berulang-alik dari ipoh ke JB kemudian dari KL-JB setiap minggu.
Sedih sebab dah lama sangat di UTM Johor dan banyak sangat yang telah dilalui.

Anyway, sebab kan ini, saya teringat yang my husband, Dr. Airil (AirilSametok) ada buatkan satu lagu perpisahan dengan UTM ni, dan saya nak sharekan di sini.