Apa yang dimaksudkan dengan “not filtered by license mean?”.

Berhati-hati menggunakan imej atau gambar di internet.

Untuk pengetahuan semua, kita sering tidak pernah peduli apabila menggunakan gambar atau imej yang terdapat di internet untuk digunapakai dalam penulisan kita. Kita mengunapakai gambar dan imej ini dalam penulisan kita untuk menghasilkan buku, website, atau bahan pengajaran yang kemudiannya di sebarkan semula.

Sebenarnya, penggunaan gambar-gambar atau imej ini boleh menjadi satu kesalahan yang besar dan boleh disaman oleh “Getty Images lawsuit” (Sila Baca mengenai ini dengan lebih lanjut kerana anda masih boleh diselamatkan). So untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, pastikan anda menggunakan gambar yang boleh digunapakai semula. Untuk ini, pastikan anda mencari imej atau gambar yang dibenarkan sahaja.

Bagaimana nak mencari?

Jika anda mengguna Google, klik pada button tool dan lihat pada “usage rights”. So akan ada pull down menu dan pilih yang mana satu yang sesuai untuk memenuhi tujuan kita.

By default, dia akan letak “not filtered by license”, tapi apa maknanya “not filtered by license”? Actually, ramai yang tak tahu apa maknanya “not filtered by license”, so jangan risau, kat sini saya akan cuba terangkan secara mudah apa yang dimaksudkan bagi setiap usage rights yang ada.
“not filtered by license” = maksudnya kat sini, kita tengok semua gambar dan imej yang ada di internet. Maksudnya selagi kita tak filtered, semua gambar sama ada gambar tu ada license, atau ada patent atau ada IP (interlectual properties) akan keluar dalam senarai gambar yang ditunjuk untuk dipilih. Sebabkan inilah ramai di antara kita terperangkap dalam masalah mengguna gambar milik peribadi seseorang atau syarikat dan boleh didakwa kerana mengguna hak cipta orang lain. So, sebenarnya, kita tak boleh guna sebarangan gambar yang ada di internet untuk tujuan website kita, buku kita atau poster yang kita nak bangunkan. Walaubagaimanapun, bukan semua gambar tidak boleh digunapakai. Untuk mencari gambar yang boleh diguna pakai, sentiasa ingat untuk menukarkan option “not filtered by license” dengan option yang lain.

Labeled for reuse with modification = Option ini bermaksud kita boleh guna gambar-gambar ini untuk kegunaan komersial atau tidak dengan syarat gambar yang akan digunakan mestilah di “modify = diubah”. Tapi jumlah peratus perubahan atau macam mana yang dimaksudkan dengan perubahan masih lagi menjadi perbincangan dan masih lagi tidak mendapat kata putus oleh pihak yang mengubal undang-undang ini.

Labeled for reuse = Option ini pula membenarkan pengguna mengguna semula gambar atau imej tanpa perlu melakukan perubahan. Secara mudahnya, gambar-gambar ini boleh dipakai terus dalam kerja-kerja kita dan selamat tanpa perlu risau pada masalah copyright atau Intellectual Property.

Labeled for noncommercial reuse with modification = Yang ini pula adalah option jika kita menggunakan gambar untuk tujuan bukan komersial. Contohnya untuk tujuan peribadi atau website peribadi. Tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada menggunakan gambar tersebut seperti meletakkan gambar tersebut pada produk yang akan dijual atau digunapakai untuk website perniagaan atau pada kertas atau papan tanda untuk memperkenalkan produk atau peniagaan. Walaubagaimanapun, “modify = diubah” perlu dilakukan pada gambar yang akan digunapakai.

Labeled for noncommercial reuse = Akhir sekali adalah option ini yang mana kita boleh menggunakan gambar atau imej secara terus tanpa perlu melakukan sebarang perubahan asalkan bukan tujuan komersial. Makna komersial sama seperti penerangan pada option sebelum ini.

Walaubagaimanapun, jika kita menggunakan gambar atau imej orang lain, sentiasa bagi kredit pada empunya gambar tersebut.