Perisian apa yang digunakan untuk membangunkan WEB?

Apabila kita ingin membangunkan laman web, kita kena mengetahui perisian yang sesuai. Sekarang telah banyak dibangunkan perisian yang boleh diguna sebagai asas pemulaan kepada pembangunan laman web.   Di sini akan diterangkan dengan ringkas perisian asas yang digunakan dalam pembangunan laman web.

1.Text Editor

Ini adalah perisian yang digunakan untuk menulis kod aturcara (source coding). Terdapat banyak text editor yang boleh digunapakai seperti CoffeeCup, Brackets, Visual Studio Code dan lain-lain. Penggunaan Office document editor tidak digalakkan kerana kebergantungan perisian ini dengan element tersembunyi yang kebanyakkannya tidak sesuai dengan enjin penjana yang diguna pakai oleh pelayar web (web server).

2. Pelayar Web (Web Server)

Ini digunakan untuk memaparkan hasil yang dibangunkan. Sekarang ini pelayar web yang biasa digunakan adalah Google Chrome, Firefox, Opera dan Internet Explorer.

3. Editor Grafik

Digunakan untuk menghasilkan grafik yang akan digunakan di dalam laman web yang akan dibangunkan. Terdapat beberapa contoh perisian grafik editor yang boleh digunapakai seperti GIMP, Paint.NET atau Photoshop.

 

Dan banyak lagi namun begitu perisian yang di nyatakan di atas sudah memadai untuk memulakan pembangunan laman web yang mudah.

4 Replies to “Perisian apa yang digunakan untuk membangunkan WEB?”

  1. asalamualaikum nak tnya untuk buat projek qr code attendance nk bgunkan web guna apa?

  2. yang mudah dan senang ini untuk projek akhir tahun saya . harap dapat berkongsi ilmu dengan saya

    1. Assalamualaikum,
      Ada banyak software yang kita boleh guna untuk bangunkan qr code. Ada yang kita boleh pakai terus seperti Qr code maker, Qr code generator, AdobeInDesign dan banyak lagi.
      So kalau tajuk FYP tu hanya nak bangunkan Qr Code sebagai satu bentuk yang boleh diguna pakai untuk kemudahan dalam tajuk FYP yang dibincangkan saya rasa menggunakan perisian sedia ada lebih mudah.

      Tapi kalau untuk projek akhir yang melibatkan tajuk proses pembangunan QR Code dan kena bangunkan simple QR Code untuk tujuan simulasi, saya rasa software programming yang sesuai ialah C++ Programming.

      Saya harap ini dapat menjawab pertanyaan saudari.

  3. Assalamualikum, maaf menganggu
    Untuk projek akhir tahun, saya perlu membangunkan web base dipejabat pos seperti hospital ampang iaitu QMS dimana angka giliran boleh dilihat melalui dalam talian. Apa yang perlu saya guna? Harap dpt berkongsi ilmu