SEMANGAT UNTUK BELAJAR

Kenapa Semangat nak Belajar tak kekal lama?

Saya sering bertanya pada pelajar kenapa semangat nak belajar tu kejap je adanya?

Dan jawapan saya beri pada mereka ialah;

Sebab awak tak tahu kenapa awak belajar? Kalau awak tahu kenapa awak belajar barulah awak tak ada putus semangat untuk belajar. Mesti awak akan terus usaha untuk belajar sebab awak tahu kenapa awak belajar dan untuk apa awak belajar. Kalau awak tau kenapa dan untuk apa awak belajar walaupun penat awak akan teruskan dan semangat awak tak akan hilang.

Sometime kita belajar untuk diri sendiri tapi sebenarnya ianya belum cukup kuat untuk kukuhkan semangat kita.

Sometime kita belajar untuk orang yang kita sayang (Emak, Ayah, Adik Beradik, anak-anak) tapi sampai satu peringkat kita rasa penat dan mula lupa dan cuba memujuk hati bahawa keluarga memahami kita dan tahu penatnya kita untuk belajar menyebabkan semangat kita pun hilang.

Sometime kita belajar untuk bangsa, tapi sampai masa kita mula terfikir ‘tak apalah ramai lagi orang lain boleh ganti tempat kita’ so kita mula kurang semangat untuk belajar.

Sometime kita buat untuk Negara, samalah bila kita dah penat sangat sampai masa kita akan kata pada diri kita, ‘Tak pelah ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang boleh belajar pandai-pandai lebih dari kita.

Sometime kita buat untuk Agama, dan sekali lagi kita rasa ramai yang seagama dengan kita boleh ganti tempat kita untuk belajar demi agama.

So… penat untuk terus belajar memang sentiasa ada walaupun banyak sebab untuk kita belajar. Jadi tak salah kalau rasa penat cuma jangan pujuk hati dengan menyatakan bahawa ada orang lain yang boleh ganti tempat kita. Sentiasa pujuk hati bahawa kita kena kuat dan terus bersemangat sebab dalam dunia ini untuk BANGSA, NEGARA DAN AGAMA hanya kita seorang saja yang mampu dan hanya kita seorang sahaja harapannya.

Dan untuk keluarga yang sayangkan kita, sentiasa ingat bahawa kejayaan kita adalah satu-satunya hadiah yang paling bermakna untuk dia orang.

Dan untuk diri sendiri, belajar adalah segalanya penentu masa depan kita.